Return to Video

Adding Decimals

  • 0:01 - 0:09
    Kita perlu menambahkan 7.056 dengan 605.7 dan 5.67.
  • 0:09 - 0:11
    Sebelum kamu ingin menambah apa-apa nombor, kamu perlu selalu
  • 0:11 - 0:14
    ingat untuk tuliskan nombor-nombor dengan menyelaraskan nilai tempatnya.
  • 0:14 - 0:16
    Terutamanya semasa membuat operasi yang melibatkan perpuluhan,
  • 0:16 - 0:19
    cara yang paling senang adalah dengan menyelaraskan titik perpuluhannya.
  • 0:19 - 0:20
    Mari kita cuba.
  • 0:20 - 0:27
    Nombor pertama adalah 7.056.
  • 0:27 - 0:37
    Nombor kedua di sini adalah 605.7
  • 0:37 - 0:43
    Dan nombor terakhir ini adalah 5.67.
  • 0:43 - 0:45
    Jadi sekarang semuanya sudah diselaraskan.
  • 0:45 - 0:47
    Semua nombor yang berada pada tempat sa
  • 0:47 - 0:49
    telahpun dituliskan dalam satu baris.
  • 0:49 - 0:52
    Semua nombor yang berada pada tempat persepuluh
  • 0:52 - 0:55
    juga telah diselaraskan, dan begitulah juga untuk nombor-nombor seterusnya.
  • 0:55 - 0:57
    Jadi kita dah boleh menambah.
  • 0:57 - 0:58
    Mari kita campurkan.
  • 1:01 - 1:04
    Jadi kita mula dari nilai tempat yang terkecil.
  • 1:04 - 1:05
    Jadi kita bermula di sini.
  • 1:05 - 1:09
    Ini adalah tempat persepuluh, perseratus, perseribu.
  • 1:09 - 1:12
    Ini adalah 6 perseribu, dan kamu mahu
  • 1:12 - 1:13
    menambahkannya pada perseribu lain.
  • 1:13 - 1:15
    Di sini tak ada perseribu yang lain.
  • 1:15 - 1:16
    Jadi kamu boleh melihatnya melalui dua cara.
  • 1:16 - 1:20
    kamu boleh membawa 6 ini ke bawah, atau kamu boleh melihat
  • 1:20 - 1:26
    605.7 ini sebagai 605.700.
  • 1:26 - 1:30
    Kamu boleh menambah sebanyak mana kosong yang kamu perlu pada sebelah kanan perpuluhan ini,
  • 1:30 - 1:32
    di sebelah kanan 7, kerana kita berada di
  • 1:32 - 1:35
    sebelah kanan perpuluhan, tanpa menukar nilainya.
  • 1:35 - 1:36
    Kamu boleh juga membuat yang sama di sini.
  • 1:36 - 1:41
    5.67 ini, kamu boleh menulisnya sebagai 5.670.
  • 1:41 - 1:43
    Jadi, kamu boleh lihat yang kita ada 6
  • 1:43 - 1:45
    campur 0 campur 0 dapatlah 6.
  • 1:45 - 1:46
    Dan kita teruskan.
  • 1:46 - 1:52
    5 campur 0 campur 7 adalah 12.
  • 1:52 - 1:54
    Kamu tuliskan 2 pada tempat perseratus,
  • 1:54 - 1:56
    dan angkat 1 itu.
  • 1:56 - 2:02
    1 campur 0 campur 7 adalah 8, tambah 6 dapat 14.
  • 2:02 - 2:06
    Tuliskan 4 itu, dan angkat 1 itu ke nilai tempat sa.
  • 2:06 - 2:08
    1 campur 7 dapat 8.
  • 2:08 - 2:10
    8 campur 5 dapat 13.
  • 2:10 - 2:13
    13 campur 5 dapat 18.
  • 2:13 - 2:16
    Ini adalah 18.
  • 2:16 - 2:17
    Angkat atau kumpulkan semula 1 itu.
  • 2:17 - 2:22
    1 campur 0 dapatlah 1.
  • 2:22 - 2:23
    Dan akhirnya.
  • 2:23 - 2:25
    Kita ada 6 pada tempat ratus.
  • 2:25 - 2:29
    6 tak dicampurkan dengan apa-apa, jadi kita boleh turunkan 6 itu
  • 2:29 - 2:30
    dan tuliskan di sini.
  • 2:30 - 2:32
    Jangan lupa titik perpuluhan itu.
  • 2:32 - 2:38
    Jadi, selepas kita campurkan nombor-nombor ini, kita dapat 618.426, ataupun
  • 2:38 - 2:43
    618 dan 426 perseribu.
  • 2:43 - 2:45
    Selesailah masalah ini.
Title:
Adding Decimals
Description:

U03_L2_T1_we1 Adding Decimals

more » « less
Video Language:
English
Duration:
02:45
weikeat edited Malay subtitles for Adding Decimals
weikeat edited Malay subtitles for Adding Decimals
weikeat edited Malay subtitles for Adding Decimals
clairedevir3 added a translation

Malay subtitles

Revisions