Kita perlu menambahkan 7.056 dengan 605.7 dan 5.67. Sebelum kamu ingin menambah apa-apa nombor, kamu perlu selalu ingat untuk tuliskan nombor-nombor dengan menyelaraskan nilai tempatnya. Terutamanya semasa membuat operasi yang melibatkan perpuluhan, cara yang paling senang adalah dengan menyelaraskan titik perpuluhannya. Mari kita cuba. Nombor pertama adalah 7.056. Nombor kedua di sini adalah 605.7 Dan nombor terakhir ini adalah 5.67. Jadi sekarang semuanya sudah diselaraskan. Semua nombor yang berada pada tempat sa telahpun dituliskan dalam satu baris. Semua nombor yang berada pada tempat persepuluh juga telah diselaraskan, dan begitulah juga untuk nombor-nombor seterusnya. Jadi kita dah boleh menambah. Mari kita campurkan. Jadi kita mula dari nilai tempat yang terkecil. Jadi kita bermula di sini. Ini adalah tempat persepuluh, perseratus, perseribu. Ini adalah 6 perseribu, dan kamu mahu menambahkannya pada perseribu lain. Di sini tak ada perseribu yang lain. Jadi kamu boleh melihatnya melalui dua cara. kamu boleh membawa 6 ini ke bawah, atau kamu boleh melihat 605.7 ini sebagai 605.700. Kamu boleh menambah sebanyak mana kosong yang kamu perlu pada sebelah kanan perpuluhan ini, di sebelah kanan 7, kerana kita berada di sebelah kanan perpuluhan, tanpa menukar nilainya. Kamu boleh juga membuat yang sama di sini. 5.67 ini, kamu boleh menulisnya sebagai 5.670. Jadi, kamu boleh lihat yang kita ada 6 campur 0 campur 0 dapatlah 6. Dan kita teruskan. 5 campur 0 campur 7 adalah 12. Kamu tuliskan 2 pada tempat perseratus, dan angkat 1 itu. 1 campur 0 campur 7 adalah 8, tambah 6 dapat 14. Tuliskan 4 itu, dan angkat 1 itu ke nilai tempat sa. 1 campur 7 dapat 8. 8 campur 5 dapat 13. 13 campur 5 dapat 18. Ini adalah 18. Angkat atau kumpulkan semula 1 itu. 1 campur 0 dapatlah 1. Dan akhirnya. Kita ada 6 pada tempat ratus. 6 tak dicampurkan dengan apa-apa, jadi kita boleh turunkan 6 itu dan tuliskan di sini. Jangan lupa titik perpuluhan itu. Jadi, selepas kita campurkan nombor-nombor ini, kita dapat 618.426, ataupun 618 dan 426 perseribu. Selesailah masalah ini.