Return to Video

TAJUK: Pembahagian Perpuluhan 2.1

  • 0:00 - 0:06
    Dalam video yang sebelum ini, kita telah membahagi 100 ke dalam 99.061, dan kita melakukannya
  • 0:06 - 0:07
    secara tangan.
  • 0:07 - 0:09
    Kita melakukannya dengan cara pembahagian yang panjang.
  • 0:09 - 0:11
    Dalam video ini, saya mahu menunjukkan cara yang cepat
  • 0:11 - 0:15
    kerana kita membahagi sesuatu dengan kuasa sepuluh.
  • 0:15 - 0:22
    Sekiranya saya mempunyai 99.061, jikalau saya mendarabnya dengan kuasa sepuluh,
  • 0:22 - 0:23
    saya akan membuatkan nombor itu menjadi lebih besar.
  • 0:23 - 0:27
    Setiap kali saya mendarab dengan 10, perpuluhan itu akan bergerak ke
  • 0:27 - 0:31
    kanan sebanyak satu tempat.
  • 0:31 - 0:36
    Jadi kita boleh mengatakan, 99.061 darab 10 akan
  • 0:36 - 0:41
    menjadi sama dengan 990.61.
  • 0:41 - 0:43
    Perhatikan yang kita telah menggerakkan perpuluhan itu ke
  • 0:43 - 0:45
    kanan sebanyak satu kali.
  • 0:45 - 0:48
    Jikalau saya melakukan-- saya akan menukarkan warna--
  • 0:48 - 0:54
    99.061 dibahagi dengan 10, kita akan menggerakkan perpuluhan itu ke
  • 0:54 - 0:55
    arah yang berlainan.
  • 0:55 - 1:01
    Ini akan menjadi 9.9061.
  • 1:01 - 1:04
    Jadi apabila kita membahagi dengan 100, kita membahagi dengan 10 sebanyak dua kali.
  • 1:04 - 1:06
    Kita bergerak ke kiri sebanyak dua kali.
  • 1:06 - 1:17
    Jadi jikalau kita bermula dengan 99.061 dibahagi dengan 100-- saya akan
  • 1:17 - 1:18
    menulisnya begini.
  • 1:18 - 1:19
    Kita telah pun menulis masalah ini.
  • 1:19 - 1:23
    Jikalau kita mahu membahagi ini dengan 100, menggerakkanya satu tempat ke
  • 1:23 - 1:27
    kiri akan membahagikannya dengan 10, dan menggerakkannya sekali lagi ke
  • 1:27 - 1:32
    kiri akan membahagikannya dengan 10 sekali lagi.
  • 1:32 - 1:41
    Jadi 99.061 dibahagi dengan 100 akan menjadi sama dengan 0.99061.
  • 1:41 - 1:45
    Kita akan menggerakkan perpuluhan itu ke kiri sebanyak dua kali.
  • 1:45 - 1:47
    Dan kita mungkin mahu meletakkan satu sifar di hadapan sini, supaya ia
  • 1:47 - 1:50
    menjadi lebih senang untuk dibaca.
Title:
TAJUK: Pembahagian Perpuluhan 2.1
Description:

U03_L2_T2_we4.1 Dividing Decimals 2.1

more » « less
Video Language:
English
Duration:
01:51
clairedevir32 added a translation

Malay subtitles

Revisions