Dalam video yang sebelum ini, kita telah membahagi 100 ke dalam 99.061, dan kita melakukannya secara tangan. Kita melakukannya dengan cara pembahagian yang panjang. Dalam video ini, saya mahu menunjukkan cara yang cepat kerana kita membahagi sesuatu dengan kuasa sepuluh. Sekiranya saya mempunyai 99.061, jikalau saya mendarabnya dengan kuasa sepuluh, saya akan membuatkan nombor itu menjadi lebih besar. Setiap kali saya mendarab dengan 10, perpuluhan itu akan bergerak ke kanan sebanyak satu tempat. Jadi kita boleh mengatakan, 99.061 darab 10 akan menjadi sama dengan 990.61. Perhatikan yang kita telah menggerakkan perpuluhan itu ke kanan sebanyak satu kali. Jikalau saya melakukan-- saya akan menukarkan warna-- 99.061 dibahagi dengan 10, kita akan menggerakkan perpuluhan itu ke arah yang berlainan. Ini akan menjadi 9.9061. Jadi apabila kita membahagi dengan 100, kita membahagi dengan 10 sebanyak dua kali. Kita bergerak ke kiri sebanyak dua kali. Jadi jikalau kita bermula dengan 99.061 dibahagi dengan 100-- saya akan menulisnya begini. Kita telah pun menulis masalah ini. Jikalau kita mahu membahagi ini dengan 100, menggerakkanya satu tempat ke kiri akan membahagikannya dengan 10, dan menggerakkannya sekali lagi ke kiri akan membahagikannya dengan 10 sekali lagi. Jadi 99.061 dibahagi dengan 100 akan menjadi sama dengan 0.99061. Kita akan menggerakkan perpuluhan itu ke kiri sebanyak dua kali. Dan kita mungkin mahu meletakkan satu sifar di hadapan sini, supaya ia menjadi lebih senang untuk dibaca.