-
Nama saya Selayah.
-
Dulu saya bekerja sebagai seorang pemandu kereta di sebuah institusi kewangan.
-
Saya juga pernah bekerja sebagai pengawal peribadi.
-
Pada tahun 2007 saya telah bersara.
-
Sudah tiga tahun saya menjadi pemandu teksi.
-
Mula-mula saya memandu kereta sewa, dan sekarang saya dah beli kereta sendiri.
-
Tetapi apa gunanya, saya tidak diberi permit persendirian.
-
Kerajaan dah berhenti memberi permit kepada individu.
-
Maka saya menggunakan permit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat teksi.
-
Adakah kamu menggunakan meter untuk teksi?
-
Inilah masalah utama yang saya sedang hadapi di Penang.
-
Bagi kereta 2000cc warnanya adalah biru.
-
Kereta biru kebanyakannya memiliki plat Kuala Lumpur.
-
Ada juga plat Pulau Pinang.
-
Teksi yang berwarna merah juga mempunyai meter.
-
Tetapi penghitungan bagi kedua-dua meter adalah berbeza.
-
Bagi teksi biru, sekali kita tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM6.
-
Bagi teksi merah pula, sekali tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM4.
-
Bagi teksi merah, 10 sen akan naik bagi setiap beberapa saat.
-
Tetapi untuk teksi biru pula, 20 sen akan naik bagi setiap beberapa saat.
-
Bagi Penang, teksi merah dipanggil sebagai teksi berekonomi dan teksi biru sebagai teksi meter.
-
Jika teksi biru bergerak dari Georgetown ke lapangan terbang, maka tambangnya adalah sebanyak RM52.
-
Jika ianya teksi merah, maka duit tambangnya tak sampai duit petrol saya.
-
Jika 10 sen sahaja yang naik bagi setiap beberapa saat, apalah yang saya boleh buat?
-
Jika kami nak pergi ke Gurney drive, tambang mengikut meter adalah RM6 hingga RM7.
-
Ianya memang tak cukup untuk menyara kehidupan.
-
Halangan utama kami adalah, JPJ, SPAD dan Polis.
-
Jika kami mencari pelanggan dari tempat lain seperti pusat membeli-belah maka segelintir orang akan marah kami.
-
Sebab kami bukan ahli persatuan mereka.
-
Jika kami nak jadi ahlipun mereka tidak akan membenarkan kami.
-
Jadi apakah nasib 500 hingga 600 pemandu teksi di Penang?
-
Mereka terpaksa mencari makan walaupun akan ada halangan dari Polis, SPAD, polis trafik dan sebagainya.
-
Satu lagi masalah utama kami adalah, jika kami tidak dapat mengambil penumpang dengan kadar caj yang rendah,
-
maka kereta sapu akan mengambil penumpang kami.
-
Kereta sapu ini sanggup mengambil penumpang untuk RM20.
-
Pada masa dulu, pemandu kereta sapu semua memiliki kereta yang kecil.
-
Tetapi sekarang dah pakai van Innova.
-
Bukanke JPJ dan SPAD tidak mengetahui akan sindiket ini?
-
Jika ada kapal Star Cruise yang singgah disini, teksi kami akan dihalau oleh SPAD, polis trafik dan sebagainya.
-
Tetapi kereta-kereta sapu yang mengambil penumpang distu dibiarkan cari makan disitu.
-
Bagi pendapat saya, pihak penguatkuasa tutup sebelah mata dan membiarkan perkara ini berlaku.
-
Mereka tidak kisah akan masalah yang kami hadapi.
-
Beginilah cara kami terpaksa melalui untuk mencari makan.
-
Kenapa subsidi tayar diberikan oleh kerajaan?
-
Setiap hari saya membelanjakan RM50 untuk mengisi petrol.
-
Jadi bagi setiap bulan saya membelanjakan RM 1500 hanya untuk petrol.
-
Takkan saya tak mampu belanja duit ssya RM520 untuk membeli tayar.
-
Jika kerajaan benar-benar ingin membantu golongan pemandu teksi, mereka harus memberikan subsidi petrol,diesel ataupun gas.
-
Barulah ianya boleh dikatakan bantuan sebenar.
-
Semua nelayan dapat subsidi diesel dari kerajaan, kenapa kami tidak dapat?
-
Subsidi untuk tayar yang akan rosak untuk setiap 4 tahun ini bukan satu bantuan yang kami perlukan.
-
Saya berusia 61, dan tak lama lagi mungkin saya akan meninggal.
-
Sehingga hayat dikandung badan saya akan memandu teksi.