Nama saya Selayah. Dulu saya bekerja sebagai seorang pemandu kereta di sebuah institusi kewangan. Saya juga pernah bekerja sebagai pengawal peribadi. Pada tahun 2007 saya telah bersara. Sudah tiga tahun saya menjadi pemandu teksi. Mula-mula saya memandu kereta sewa, dan sekarang saya dah beli kereta sendiri. Tetapi apa gunanya, saya tidak diberi permit persendirian. Kerajaan dah berhenti memberi permit kepada individu. Maka saya menggunakan permit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat teksi. Adakah kamu menggunakan meter untuk teksi? Inilah masalah utama yang saya sedang hadapi di Penang. Bagi kereta 2000cc warnanya adalah biru. Kereta biru kebanyakannya memiliki plat Kuala Lumpur. Ada juga plat Pulau Pinang. Teksi yang berwarna merah juga mempunyai meter. Tetapi penghitungan bagi kedua-dua meter adalah berbeza. Bagi teksi biru, sekali kita tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM6. Bagi teksi merah pula, sekali tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM4. Bagi teksi merah, 10 sen akan naik bagi setiap beberapa saat. Tetapi untuk teksi biru pula, 20 sen akan naik bagi setiap beberapa saat. Bagi Penang, teksi merah dipanggil sebagai teksi berekonomi dan teksi biru sebagai teksi meter. Jika teksi biru bergerak dari Georgetown ke lapangan terbang, maka tambangnya adalah sebanyak RM52. Jika ianya teksi merah, maka duit tambangnya tak sampai duit petrol saya. Jika 10 sen sahaja yang naik bagi setiap beberapa saat, apalah yang saya boleh buat? Jika kami nak pergi ke Gurney drive, tambang mengikut meter adalah RM6 hingga RM7. Ianya memang tak cukup untuk menyara kehidupan. Halangan utama kami adalah, JPJ, SPAD dan Polis. Jika kami mencari pelanggan dari tempat lain seperti pusat membeli-belah maka segelintir orang akan marah kami. Sebab kami bukan ahli persatuan mereka. Jika kami nak jadi ahlipun mereka tidak akan membenarkan kami. Jadi apakah nasib 500 hingga 600 pemandu teksi di Penang? Mereka terpaksa mencari makan walaupun akan ada halangan dari Polis, SPAD, polis trafik dan sebagainya. Satu lagi masalah utama kami adalah, jika kami tidak dapat mengambil penumpang dengan kadar caj yang rendah, maka kereta sapu akan mengambil penumpang kami. Kereta sapu ini sanggup mengambil penumpang untuk RM20. Pada masa dulu, pemandu kereta sapu semua memiliki kereta yang kecil. Tetapi sekarang dah pakai van Innova. Bukanke JPJ dan SPAD tidak mengetahui akan sindiket ini? Jika ada kapal Star Cruise yang singgah disini, teksi kami akan dihalau oleh SPAD, polis trafik dan sebagainya. Tetapi kereta-kereta sapu yang mengambil penumpang distu dibiarkan cari makan disitu. Bagi pendapat saya, pihak penguatkuasa tutup sebelah mata dan membiarkan perkara ini berlaku. Mereka tidak kisah akan masalah yang kami hadapi. Beginilah cara kami terpaksa melalui untuk mencari makan. Kenapa subsidi tayar diberikan oleh kerajaan? Setiap hari saya membelanjakan RM50 untuk mengisi petrol. Jadi bagi setiap bulan saya membelanjakan RM 1500 hanya untuk petrol. Takkan saya tak mampu belanja duit ssya RM520 untuk membeli tayar. Jika kerajaan benar-benar ingin membantu golongan pemandu teksi, mereka harus memberikan subsidi petrol,diesel ataupun gas. Barulah ianya boleh dikatakan bantuan sebenar. Semua nelayan dapat subsidi diesel dari kerajaan, kenapa kami tidak dapat? Subsidi untuk tayar yang akan rosak untuk setiap 4 tahun ini bukan satu bantuan yang kami perlukan. Saya berusia 61, dan tak lama lagi mungkin saya akan meninggal. Sehingga hayat dikandung badan saya akan memandu teksi.