1 00:00:12,102 --> 00:00:13,265 Terima kasih banyak. 2 00:00:13,265 --> 00:00:15,905 Saya Hannah Fry, seorang ahli matematik. 3 00:00:15,905 --> 00:00:20,591 Hari ini, saya akan bercakap tentang cinta dari sudut matematik. 4 00:00:20,591 --> 00:00:22,363 Rasanya kita semua bersetuju 5 00:00:22,363 --> 00:00:25,821 bahawa ahli matematik pandai mencari kekasih. 6 00:00:26,302 --> 00:00:27,441 (Gelak ketawa) 7 00:00:27,441 --> 00:00:30,605 Tapi, ia bukannya sekadar kerana kami ada personaliti yang menarik, 8 00:00:30,605 --> 00:00:33,041 kemahiran berkomunikasi yang baik, 9 00:00:33,041 --> 00:00:34,823 dan kotak pensel yang hebat, 10 00:00:34,823 --> 00:00:35,935 (Gelak ketawa) 11 00:00:35,935 --> 00:00:39,451 Ia juga kerana kami telah meninjau dari sudut matematik 12 00:00:39,451 --> 00:00:42,076 cara untuk mencari pasangan yang sesuai. 13 00:00:42,078 --> 00:00:43,927 Dalam artikel kegemaran saya, 14 00:00:43,927 --> 00:00:45,753 iaitu artikel Matematik yang bertajuk 15 00:00:45,753 --> 00:00:48,812 "Mengapa saya tidak ada teman wanita", (Gelak ketawa) 16 00:00:48,812 --> 00:00:52,749 Peter Backus cuba menilai peluangnya untuk menemui seorang kekasih. 17 00:00:52,749 --> 00:00:54,850 Peter bukannya seorang lelaki yang tamak. 18 00:00:54,850 --> 00:00:57,315 Antara semua perempuan di U.K., 19 00:00:57,315 --> 00:01:00,803 Peter mencari seseorang yang tinggal berdekatan dengan rumahnya, 20 00:01:00,803 --> 00:01:03,126 seseorang yang sesuai dari segi usia, 21 00:01:03,126 --> 00:01:05,709 seseorang yang ada kelulusan universiti, 22 00:01:05,709 --> 00:01:08,110 seseorang yang dapat bergaul secara baik dengannya, 23 00:01:08,110 --> 00:01:09,784 seseorang yang ada daya tarikan, 24 00:01:09,784 --> 00:01:12,743 seseorang yang mendapati dia ada daya tarikan. 25 00:01:12,743 --> 00:01:14,988 (Gelak ketawa) 26 00:01:15,522 --> 00:01:20,683 Anggarannya, terdapat 26 perempuan di U.K. yang sesuai dengannya. 27 00:01:21,608 --> 00:01:23,766 Ia tak kelihatan baik, betul, Peter? 28 00:01:23,766 --> 00:01:25,654 Mari kita menilainya, 29 00:01:25,654 --> 00:01:28,315 ia 400 kali ganda lebih kurang berbanding 30 00:01:28,315 --> 00:01:32,719 anggaran jumlah makhluk asing yang wujud. 31 00:01:32,719 --> 00:01:37,900 Bagi Peter, Peluangnya ialah 1 dalam 285,000 32 00:01:37,900 --> 00:01:41,754 untuk bertemu salah seorang wanita tersebut pada suatu malam. 33 00:01:41,754 --> 00:01:45,799 Rasanya itulah sebabnya ahli matematik tak suka keluar pada waktu malam. 34 00:01:47,280 --> 00:01:50,897 Saya tak bersetuju dengan pandangan yang pesimistik ini, 35 00:01:50,897 --> 00:01:54,230 kerana saya tahu, anda semua pun tahu, 36 00:01:54,230 --> 00:01:56,350 bahawa itu bukannya cinta. 37 00:01:56,350 --> 00:02:01,522 Perasaan manusia bukannya terkawal dan mudah diramal. 38 00:02:01,522 --> 00:02:04,032 Tapi, saya tahu ia tak bermakna 39 00:02:04,032 --> 00:02:07,147 bahawa matematik tak dapat membantu kita 40 00:02:07,147 --> 00:02:11,328 kerana cinta, seperti pelbagai hidupan, juga mempunyai polanya. 41 00:02:11,328 --> 00:02:15,149 Pada asasnya, ilmu matematik digunakan untuk mengkaji pola, 42 00:02:15,149 --> 00:02:19,676 contohnya ramalan cuaca, turun naik harga saham, 43 00:02:19,676 --> 00:02:23,156 pergerakan planet, atau perkembangan bandar. 44 00:02:23,156 --> 00:02:28,742 Kita tahu, semua itu bukannya terkawal dan mudah diramal. 45 00:02:29,279 --> 00:02:33,227 Saya percaya bahawa matematik sangat berguna, 46 00:02:33,227 --> 00:02:37,699 dan ia berpontensi memberi kita perspektif yang baru, 47 00:02:37,699 --> 00:02:41,255 walaupun ia melibatkan sesuatu yang penuh misteri seperti cinta. 48 00:02:41,255 --> 00:02:43,363 Jadi, untuk menunjukkan kepada anda 49 00:02:43,363 --> 00:02:48,166 bahawa matematik amat mengagumkan, hebat, dan berguna kepada kita, 50 00:02:48,166 --> 00:02:55,224 saya akan tunjukkan 3 petua untuk cinta yang telah disahkan dari segi matematik. 51 00:02:57,037 --> 00:02:58,900 Baiklah, Petua #1: 52 00:03:01,455 --> 00:03:04,796 Cara untuk mencari kekasih dalam laman web dating. 53 00:03:04,796 --> 00:03:09,219 OkCupid ialah Laman web dating kegemaran saya. 54 00:03:09,219 --> 00:03:12,869 Ia dimulakan oleh sekumpulan ahli matematik. 55 00:03:12,869 --> 00:03:16,195 Ahli-ahli matematik ini telah mengumpulkan data 56 00:03:16,195 --> 00:03:19,457 pengguna laman web itu selama sepuluh tahun. 57 00:03:19,457 --> 00:03:23,317 Mereka cuba mencari pola-pola pengguna memperkenalkan dirinya 58 00:03:23,317 --> 00:03:26,877 dan cara mereka berinteraksi dalam laman web dating. 59 00:03:26,877 --> 00:03:29,822 Hasil-hasil kajian tersebut sangat menarik. 60 00:03:29,822 --> 00:03:31,862 Tapi, yang menjadi kegemaran saya, 61 00:03:31,862 --> 00:03:34,961 didapati bahawa dalam laman web dating, 62 00:03:34,961 --> 00:03:40,534 daya tarikan anda tidak menggambarkan kepopularan anda. 63 00:03:40,534 --> 00:03:44,765 Sebenarnya, jika orang lain rasa bahawa anda adalah hodoh, 64 00:03:44,765 --> 00:03:47,398 mungkin ia adalah baik bagi anda. 65 00:03:48,088 --> 00:03:49,965 Saya akan menerangkannya. 66 00:03:49,965 --> 00:03:54,295 Dalam sebuah bahagian dalam OkCupid, 67 00:03:54,295 --> 00:03:56,941 anda boleh menilai daya tarikan pengguna lain 68 00:03:56,941 --> 00:03:59,150 dengan menggunakan skor antara 1 hingga 5. 69 00:03:59,150 --> 00:04:02,399 Jika kita membandingkan skor purata ini 70 00:04:02,399 --> 00:04:05,437 dengan bilangan mesej yang diterima sekumpulan pengguna, 71 00:04:05,437 --> 00:04:07,233 anda akan faham 72 00:04:07,233 --> 00:04:09,346 perhubungan antara daya tarikan dengan 73 00:04:09,346 --> 00:04:11,554 kepopularan dalam laman web dating. 74 00:04:11,554 --> 00:04:15,093 Inilah graf yang dihasilkan oleh pihak OkCupid. 75 00:04:15,093 --> 00:04:19,205 Yang penting di sini ialah, orang yang ada daya tarikan yang tinggi 76 00:04:19,205 --> 00:04:21,537 tidak semestinya akan menerima mesej yang banyak. 77 00:04:21,537 --> 00:04:23,875 Baiklah, mungkin trendnya begitu, 78 00:04:23,875 --> 00:04:27,003 tapi terdapatnya pekali penentuan. 79 00:04:27,003 --> 00:04:31,723 Tapi persoalannya ialah, kenapa pengguna di sini 80 00:04:31,723 --> 00:04:35,962 adalah lebih popular daripada pengguna di sini 81 00:04:35,962 --> 00:04:38,641 walaupun skor daya tarikan mereka adalah sama? 82 00:04:38,641 --> 00:04:42,737 Sebabnya, rupa tidak begitu penting. 83 00:04:42,737 --> 00:04:45,837 Saya akan menerangkannya dengan menggunakan satu contoh. 84 00:04:45,837 --> 00:04:49,742 Ini ialah Portia de Rossi. 85 00:04:49,742 --> 00:04:54,591 Semua orang bersetuju bahawa Portia de Rossi sangat cantik. 86 00:04:54,591 --> 00:04:58,169 Tiada orang rasa dia adalah hodoh, tapi dia bukannya supermodel. 87 00:04:58,169 --> 00:05:03,061 Jika Portia de Rossi dibandingkan dengan Sarah Jessica Parker, 88 00:05:03,061 --> 00:05:07,808 ramai orang, termasuk saya, 89 00:05:07,808 --> 00:05:12,945 rasa bahawa Sarah Jessica Parker sangat cantik, 90 00:05:12,945 --> 00:05:15,656 dan mungkin dia merupakan salah seorang manusia 91 00:05:15,656 --> 00:05:17,726 yang paling cantik di Bumi. 92 00:05:17,726 --> 00:05:22,943 Tapi orang lain, iaitu kebanyakan pengguna Internet, 93 00:05:22,943 --> 00:05:24,716 (Gelak ketawa) 94 00:05:24,716 --> 00:05:26,991 rasa bahawa dia nampak seperti kuda. 95 00:05:26,991 --> 00:05:28,628 (Gelak ketawa) 96 00:05:30,798 --> 00:05:33,510 Saya rasa jika orang ramai diminta untuk menilai 97 00:05:33,510 --> 00:05:36,181 Sarah Jessica Parker atau Portia de Rossi 98 00:05:36,181 --> 00:05:38,524 dengan menggunakan skor antara 1 hingga 5, 99 00:05:38,524 --> 00:05:41,481 saya rasa kedua-duanya akan mendapat skor yang hampir sama. 100 00:05:41,481 --> 00:05:44,069 Tapi, cara orang ramai mengundi adalah sangat berbeza. 101 00:05:44,069 --> 00:05:46,637 Orang ramai akan memberi Portia skor 4 102 00:05:46,637 --> 00:05:48,932 kerana mereka bersetuju bahawa dia sangat cantik, 103 00:05:48,932 --> 00:05:51,166 manakala skor yang diterima Sarah Jesica Parker 104 00:05:51,166 --> 00:05:54,120 adalah berbelah bagi. 105 00:05:54,120 --> 00:05:56,495 Sebenarnya, perbezaan inilah yang bermakna. 106 00:05:56,495 --> 00:05:59,160 Perbezaan inilah yang menjadikan anda lebih popular 107 00:05:59,160 --> 00:06:01,331 dalam laman web dating. 108 00:06:01,331 --> 00:06:02,798 Jadi, ia bermakna, 109 00:06:02,798 --> 00:06:05,457 jika ada orang rasa bahawa anda ada daya tarikan, 110 00:06:05,457 --> 00:06:08,865 maka ada juga orang yang rasa 111 00:06:08,865 --> 00:06:11,790 bahawa anda tak ada daya tarikan. 112 00:06:11,790 --> 00:06:14,314 Ia adalah lebih baik daripada semua orang rasa 113 00:06:14,314 --> 00:06:16,433 anda ialah gadis di rumah sebelah yang comel. 114 00:06:16,433 --> 00:06:18,175 Rasanya ia lebih munasabah 115 00:06:18,175 --> 00:06:21,526 jika anda melihatnya dari sudut pengguna yang menghantar mesej. 116 00:06:21,526 --> 00:06:24,079 Katakanlah anda rasa seseorang itu ada daya tarikan, 117 00:06:24,079 --> 00:06:28,609 tapi anda rasa mungkin orang lain tak berminat padanya. 118 00:06:28,609 --> 00:06:31,341 Maksudnya, anda tak ada pesaing yang ramai 119 00:06:31,341 --> 00:06:33,573 dan anda berpeluang berhubung dengan orang itu. 120 00:06:33,573 --> 00:06:36,319 Bandingkan, jika anda rasa seseorang itu ada daya tarikan, 121 00:06:36,319 --> 00:06:38,670 tapi anda rasa orang lain pun rasa begitu. 122 00:06:38,670 --> 00:06:42,423 Anda tak mahu memalukan diri sendiri, betul? 123 00:06:43,343 --> 00:06:45,391 Berikut ialah bahagian yang sangat menarik. 124 00:06:45,391 --> 00:06:49,897 Bila pengguna memilih gambar yang akan digunakan dalam laman web dating, 125 00:06:49,897 --> 00:06:51,979 selalunya mereka cuba mengelakkan 126 00:06:51,979 --> 00:06:55,495 bahagian yang mereka rasa akan kelihatan hodoh bagi orang lain. 127 00:06:55,495 --> 00:06:59,336 Contoh yang klasik, orang yang gemuk 128 00:06:59,336 --> 00:07:02,963 akan memilih gambar yang telah diubah suai, 129 00:07:04,253 --> 00:07:06,495 atau contohnya, orang yang botak 130 00:07:06,495 --> 00:07:09,624 akan memilih gambar yang menunjukkannya memakai topi. 131 00:07:09,624 --> 00:07:12,937 Tapi, anda tak patut membuat begitu jika anda mahu berjaya. 132 00:07:12,937 --> 00:07:17,681 Anda sepatutnya menggunakan sesuatu yang menjadikan anda berbeza, 133 00:07:17,681 --> 00:07:21,624 walaupun mungkin orang lain akan rasa ia adalah hodoh. 134 00:07:21,624 --> 00:07:24,988 Sebab, orang yang sukakan anda tak kisahkan semua itu. 135 00:07:24,988 --> 00:07:29,253 Orang yang tak sukakan anda pula akan menyusahkan anda. 136 00:07:29,933 --> 00:07:31,738 Baiklah, itu dia Petua#1. 137 00:07:31,738 --> 00:07:34,225 Petua #2: Cara untuk memilih pasangan yang sesuai. 138 00:07:34,225 --> 00:07:38,660 Katakanlah anda sangat popular dalam laman web dating. 139 00:07:38,660 --> 00:07:43,981 Tapi, bagaimana anda berubah daripada menjadi popular 140 00:07:43,981 --> 00:07:46,848 kepada menikmati kebahagian jangka panjang, iaitu 141 00:07:46,848 --> 00:07:51,021 bagaimana anda tahu sudah tiba masanya untuk berkahwin? 142 00:07:51,021 --> 00:07:53,476 Biasanya, pengguna dinasihatkan 143 00:07:53,476 --> 00:07:55,928 jangan berkahwin dengan orang pertama yang muncul 144 00:07:55,928 --> 00:07:57,877 dan menunjukkan minat pada anda. 145 00:07:57,877 --> 00:08:01,482 Tapi, anda juga tak mahu menunggu terlalu lama 146 00:08:01,482 --> 00:08:04,374 jika anda mahu memperoleh kebahagian jangka panjang. 147 00:08:04,374 --> 00:08:07,137 Seperti yang ditulis penulis kegemaran saya, Jane Austen, 148 00:08:07,727 --> 00:08:10,463 "Perempuan bujang yang berusia 7 dan 20 tahun 149 00:08:10,463 --> 00:08:14,241 tidak lagi dapat merasai atau mencetuskan rasa kasih sayang." 150 00:08:14,241 --> 00:08:15,836 (Gelak ketawa) 151 00:08:16,340 --> 00:08:19,291 Terima kasih, Jane. Apa yang awak tahu tentang cinta? 152 00:08:20,533 --> 00:08:21,977 Jadi, persoalannya ialah, 153 00:08:21,977 --> 00:08:24,506 bagaimana anda tahu sudah tiba masanya untuk berkahwin 154 00:08:24,506 --> 00:08:26,798 bila terdapatnya ramai orang yang boleh dipilih? 155 00:08:26,798 --> 00:08:30,152 Syukurlah, terdapat sebuah teori matematik yang boleh digunakan 156 00:08:30,152 --> 00:08:33,443 untuk membantu kita, iaitu teori pemberhentian optimum. 157 00:08:33,446 --> 00:08:35,404 Jadi, bayangkan, 158 00:08:35,404 --> 00:08:37,970 anda mula berdating semasa anda berusia 15 tahun. 159 00:08:38,390 --> 00:08:41,648 Secara ideal, anda mahu berkahwin semasa anda berusia 35 tahun. 160 00:08:41,648 --> 00:08:43,081 Terdapat sebilangan orang 161 00:08:43,081 --> 00:08:45,913 yang anda boleh keluar bersama sepanjang hidup anda 162 00:08:45,913 --> 00:08:49,411 dan kualiti mereka adalah berbeza-beza. 163 00:08:49,411 --> 00:08:52,919 Peraturannya, setelah anda berkahwin, 164 00:08:52,919 --> 00:08:55,775 anda tak boleh mencari calon lain yang berpotensi dikahwini. 165 00:08:55,775 --> 00:08:58,432 Anda juga tak boleh mencari bekas kekasih dan bercerai. 166 00:08:58,432 --> 00:09:00,305 Berdasarkan pengalaman saya, 167 00:09:00,305 --> 00:09:03,220 seseorang itu tak suka berjumpa bekas kekasihnya 168 00:09:03,220 --> 00:09:05,870 setelah mereka berpisah disebabkan orang lain. 169 00:09:05,870 --> 00:09:08,041 Mungkin itu cuma saya. 170 00:09:08,271 --> 00:09:11,163 Jadi, matematik menunjukkan apa yang anda patut buat 171 00:09:11,163 --> 00:09:14,645 pada 37% pertama dalam masa berdating anda, 172 00:09:14,645 --> 00:09:18,511 anda patut menolak setiap orang yang berpotensi berkahwin dengan anda. 173 00:09:18,511 --> 00:09:20,241 (Gelak ketawa) 174 00:09:20,241 --> 00:09:24,113 Kemudian, anda patut memilih orang seterusnya yang anda temui 175 00:09:24,113 --> 00:09:26,992 kerana dia adalah lebih baik berbanding yang lain. 176 00:09:26,992 --> 00:09:28,390 Inilah contohnya. 177 00:09:28,390 --> 00:09:29,785 Jika anda berbuat demikian, 178 00:09:29,785 --> 00:09:36,294 sebenarnya ia boleh dibuktikan dari segi matematik bahawa inilah cara terbaik 179 00:09:36,294 --> 00:09:40,521 untuk memaksimumkan peluang anda menemui pasangan yang sesuai. 180 00:09:40,831 --> 00:09:45,260 Malangnya, saya perlu beritahu anda bahawa cara ini mempunyai risikonya. 181 00:09:45,730 --> 00:09:50,905 Sebagai contoh, bayangkan jika pasangan yang sesuai itu ditemui 182 00:09:50,905 --> 00:09:53,306 dalam 37% yang pertama. 183 00:09:53,306 --> 00:09:55,724 Malangnya, anda perlu menolaknya. 184 00:09:55,724 --> 00:09:57,498 (Gelak ketawa) 185 00:09:59,630 --> 00:10:01,949 Jika anda percayakan kiraan matematik, 186 00:10:01,949 --> 00:10:05,222 dan jika anda tidak menemui orang yang lebih baik daripada yang lain, 187 00:10:05,222 --> 00:10:07,518 maka anda terpaksa menolak sesiapa pun 188 00:10:07,518 --> 00:10:09,538 dan mati bersendirian. 189 00:10:09,538 --> 00:10:11,412 (Gelak ketawa) 190 00:10:11,881 --> 00:10:13,884 Mungkin anda akan dikelilingi kucing 191 00:10:14,614 --> 00:10:16,916 yang menggigit-gigit mayat anda. 192 00:10:16,916 --> 00:10:20,557 Baiklah, risiko yang kedua, bayangkan, 193 00:10:20,557 --> 00:10:23,965 orang pertama yang anda temui dalam 37% yang pertama 194 00:10:23,965 --> 00:10:28,051 amat membosankan dan teruk. 195 00:10:28,051 --> 00:10:30,825 Tidak mengapa, kerana anda berada dalam fasa menolak. 196 00:10:32,135 --> 00:10:35,148 Tidak mengapa, kerana anda berada dalam fasa menolak. 197 00:10:35,148 --> 00:10:37,581 Tak mengapa, anda boleh menolak mereka. 198 00:10:37,581 --> 00:10:41,174 Tapi bayangkan, orang seterusnya yang anda temui 199 00:10:41,174 --> 00:10:44,752 tidak begitu membosankan dan teruk 200 00:10:45,452 --> 00:10:47,645 berbanding orang lain yang anda temui. 201 00:10:47,645 --> 00:10:51,721 Jika anda percayakan kiraan matematik, maka anda terpaksa berkahwin dengannya 202 00:10:51,721 --> 00:10:55,181 dan menjalani perkahwinan yang tidak bahagia. 203 00:10:55,181 --> 00:10:56,896 Saya berasa kesal dengannya. 204 00:10:56,896 --> 00:10:59,717 Tapi saya rasa Hallmark boleh memanfaatkannya 205 00:10:59,717 --> 00:11:01,497 dan membuka pasaran ini. 206 00:11:01,497 --> 00:11:04,106 Kad Hari Valentine seperti ini. (Gelak ketawa) 207 00:11:04,106 --> 00:11:05,956 "Suamiku yang dikasihi, 208 00:11:05,956 --> 00:11:08,287 kau taklah begitu teruk berbanding 209 00:11:08,287 --> 00:11:11,234 lelaki dalam 37% pertama yang keluar dengan aku." 210 00:11:12,404 --> 00:11:15,556 Sebenarnya, ia lebih romatik daripada apa yang saya usahakan. 211 00:11:16,576 --> 00:11:20,791 Jadi, cara ini tidak memberikan kadar kejayaan 100%, 212 00:11:20,791 --> 00:11:24,289 tapi tidak terdapatnya strategi lain yang lebih baik. 213 00:11:24,289 --> 00:11:27,758 Sebenarnya, terdapatnya beberapa jenis ikan 214 00:11:27,758 --> 00:11:30,378 yang mengikut dan menggunakan strategi ini. 215 00:11:30,378 --> 00:11:33,997 Ikan-ikan ini menolak pelamar yang berada dalam 216 00:11:33,997 --> 00:11:36,371 37% yang pertama semasa musim mengawan, 217 00:11:36,371 --> 00:11:39,896 kemudian ikan-ikan ini memilih ikan seterusnya yang ditemui selepas itu, 218 00:11:39,896 --> 00:11:42,486 entahlah, mungkin yang lebih besar dan kuat 219 00:11:42,486 --> 00:11:44,946 berbanding ikan-ikan lain yang ditemui sebelum itu. 220 00:11:45,246 --> 00:11:49,175 Rasanya tanpa disedari, manusia juga berbuat demikian. 221 00:11:49,175 --> 00:11:53,066 Kita memberikan masa kepada diri sendiri untuk berseronok, 222 00:11:53,066 --> 00:11:56,191 meninjau pasaran kita dan sebagainya bila kita masih muda. 223 00:11:56,191 --> 00:12:01,318 Kita mula mencari secara serius calon yang sesuai dikahwini 224 00:12:01,318 --> 00:12:03,124 bila mencecah usia pertengahan 20-an. 225 00:12:03,124 --> 00:12:06,234 Rasanya ini ialah bukti yang konklusif, 226 00:12:06,234 --> 00:12:10,121 bahawa otak kita boleh mengira secara semula jadi. 227 00:12:10,121 --> 00:12:12,631 Baiklah, itulah dia Petua #2. 228 00:12:12,631 --> 00:12:16,434 Sekarang, Petua #3: Cara untuk mengelakkan perceraian. 229 00:12:17,284 --> 00:12:20,384 Bayangkan anda telah memilih pasangan yang sesuai, 230 00:12:20,384 --> 00:12:23,803 dan anda telah berkahwin dengannya. 231 00:12:23,803 --> 00:12:28,714 Secara ideal, saya rasa semua orang mahu mengelakkan perceraian, 232 00:12:28,714 --> 00:12:32,719 melainkan, entahlah, mungkin isteri Piers Morgan? 233 00:12:34,159 --> 00:12:37,176 Tapi, memang menyedihkan, dalam kehidupan moden, 234 00:12:37,176 --> 00:12:40,171 1 dalam 2 perkahwinan di Amerika berakhir dengan perceraian, 235 00:12:40,171 --> 00:12:43,684 negara-negara lain tidak begitu ketinggalan. 236 00:12:43,684 --> 00:12:45,754 Anda boleh dimaafkan 237 00:12:45,754 --> 00:12:49,533 jika anda berfikir bahawa perbalahan yang mencetuskan perceraian 238 00:12:49,533 --> 00:12:52,881 bukannya perkara yang ideal untuk dinilai dari segi matematik. 239 00:12:52,881 --> 00:12:55,494 Sebab, adalah sukar untuk menentukan 240 00:12:55,494 --> 00:12:57,981 apa yang patut dinilai atau dinyatakan kuantitinya. 241 00:12:57,981 --> 00:13:04,323 Tapi, ia tidak menghalang ahli psikologi, John Gottman, berbuat demikian. 242 00:13:04,323 --> 00:13:09,568 Gottman memerhatikan beratus-ratus pasangan berbual 243 00:13:09,568 --> 00:13:12,023 dan merekodkan semua perbualan mereka. 244 00:13:12,023 --> 00:13:14,587 Jadi, dia merekodkan apa yang dibualkan, 245 00:13:14,587 --> 00:13:17,087 kekonduksian kulit mereka, 246 00:13:17,087 --> 00:13:18,757 air muka mereka, 247 00:13:18,757 --> 00:13:21,246 kadar denyutan jantung, dan tekanan darah mereka, 248 00:13:21,246 --> 00:13:22,828 pada dasarnya semua perkara, 249 00:13:22,828 --> 00:13:26,246 kecuali sama ada kata-kata si isteri adalah sentiasa betul. 250 00:13:27,176 --> 00:13:30,145 Sebenarnya, kata-kata si isteri memang betul. 251 00:13:30,145 --> 00:13:33,274 Tapi, apa yang ditemui Gottman dan pasukannya 252 00:13:33,274 --> 00:13:35,795 ialah salah satu peramal yang amat penting bagi 253 00:13:35,795 --> 00:13:37,929 sama ada pasangan suami isteri akan bercerai, 254 00:13:37,929 --> 00:13:43,579 iaitu sikap yang positif atau negatif dalam perbualan. 255 00:13:43,579 --> 00:13:46,553 Pasangan suami isteri yang ada risiko yang rendah 256 00:13:46,553 --> 00:13:50,229 mendapat lebih banyak skor positif berdasarkan ukuran Gottman. 257 00:13:50,229 --> 00:13:52,507 Manakala bagi perhubungan yang teruk, 258 00:13:52,507 --> 00:13:55,067 iaitu mereka yang mungkin akan bercerai, 259 00:13:55,067 --> 00:13:59,929 mereka berada dalam keadaan yang negatif. 260 00:13:59,929 --> 00:14:02,654 Dengan menggunakan cara yang mudah ini, 261 00:14:02,654 --> 00:14:05,490 Gottman dan kumpulannya dapat meramal 262 00:14:05,490 --> 00:14:07,742 sama ada pasangan suami isteri akan bercerai 263 00:14:07,742 --> 00:14:10,671 dan ketepatan ramalan ialah 90%. 264 00:14:10,671 --> 00:14:14,034 Setelah dia bekerjasama dengan seorang ahli matematik, James Murray, 265 00:14:14,034 --> 00:14:15,825 mereka mula memahami 266 00:14:15,825 --> 00:14:20,446 apa yang menyebabkan keadaan negatif ini dan bagaimana ia berlaku. 267 00:14:20,446 --> 00:14:26,683 Saya rasa hasil dapatan mereka amat mudah difahami dan menarik. 268 00:14:26,683 --> 00:14:28,521 Ini dia. 269 00:14:33,091 --> 00:14:34,699 Rasanya ia adalah jelas. 270 00:14:36,419 --> 00:14:39,157 Kedua-dua persamaan ini meramalkan 271 00:14:39,157 --> 00:14:42,784 bagaimana si isteri atau suami akan menjawab 272 00:14:42,784 --> 00:14:44,803 dalam perbualan yang seterusnya, 273 00:14:44,803 --> 00:14:46,622 sama ada secara positif atau negatif. 274 00:14:46,622 --> 00:14:48,510 Kedua-dua persamaan ini bergantung pada 275 00:14:48,510 --> 00:14:50,502 anginnya semasa dia bersendirian, 276 00:14:50,502 --> 00:14:53,000 anginnya semasa dia bersama pasangannya, 277 00:14:53,000 --> 00:14:55,041 tapi yang terpenting, ia bergantung pada 278 00:14:55,041 --> 00:14:57,984 setakat mana pasangan suami isteri itu saling mempengaruhi. 279 00:14:58,574 --> 00:15:01,192 Pada ketika ini, adalah penting untuk mengatakan 280 00:15:01,192 --> 00:15:05,211 bahawa kedua-dua persamaan ini juga didapati 281 00:15:05,211 --> 00:15:07,384 dapat menunjukkan dengan tepat 282 00:15:07,384 --> 00:15:11,596 apa yang berlaku antara dua negara yang terlibat dalam perlumbaan senjata. 283 00:15:11,596 --> 00:15:14,940 (Gelak ketawa) 284 00:15:14,940 --> 00:15:17,790 Jadi, pasangan suami isteri yang berbalah, 285 00:15:17,790 --> 00:15:20,650 berada dalam keadaan negatif, dan hampir-hampir bercerai 286 00:15:20,650 --> 00:15:25,380 adalah sama seperti permulaan perang nuklear dari sudut matematik. 287 00:15:25,380 --> 00:15:27,232 (Gelak ketawa) 288 00:15:27,572 --> 00:15:30,228 Tapi, perkara yang penting dalam kedua-dua persamaan ini 289 00:15:30,228 --> 00:15:32,729 ialah pengaruh seseorang itu pada orang lain, 290 00:15:32,729 --> 00:15:36,066 secara khusus, ia dikenali sebagai ambang kenegatifan. 291 00:15:36,066 --> 00:15:42,177 Ambang kenegatifan boleh dilihat dari segi betapa teruknya si suami 292 00:15:42,177 --> 00:15:46,894 sehingga si isteri mula berasa geram, dan sebaliknya. 293 00:15:46,894 --> 00:15:51,444 Bagi saya, pasangan suami isteri yang bahagia bertolak ansur, saling memahami, 294 00:15:51,444 --> 00:15:53,995 dan memberikan ruang peribadi kepada pasangannya. 295 00:15:53,995 --> 00:15:57,283 Jadi, saya rasa pasangan suami isteri yang amat bahagia 296 00:15:57,283 --> 00:16:00,855 mempunyai ambang kenegatifan yang sangat tinggi. 297 00:16:00,855 --> 00:16:02,859 Mereka membiarkan saja sesuatu 298 00:16:02,859 --> 00:16:05,627 dan akan membincangkannya jika ia sesuatu yang serius. 299 00:16:05,627 --> 00:16:10,003 Sebenarnya, persamaan matematik dan hasil dapatan pasukan tersebut 300 00:16:10,003 --> 00:16:12,293 telah menunjukkan yang sebaliknya. 301 00:16:12,753 --> 00:16:15,226 Pasangan suami isteri yang sangat bahagia 302 00:16:15,226 --> 00:16:18,560 mempunyai ambang kenegatifan yang sangat rendah. 303 00:16:18,560 --> 00:16:21,390 Mereka tidak membiarkan sesuatu 304 00:16:21,390 --> 00:16:25,134 dan memberikan ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati. 305 00:16:25,134 --> 00:16:30,338 Mereka sentiasa cuba membaiki perhubungan mereka 306 00:16:30,338 --> 00:16:33,744 dan ia memberikan kesan positif pada perkahwinan mereka. 307 00:16:33,744 --> 00:16:35,652 Mereka tidak membiarkan sesuatu 308 00:16:35,652 --> 00:16:40,774 dan tidak membenarkan perkara yang remeh menjadi serius. 309 00:16:41,224 --> 00:16:46,753 Semestinya, bukan saja ambang kenegatifan yang rendah 310 00:16:46,753 --> 00:16:50,885 dan saling bertolak ansur dapat menghasilkan perhubungan yang baik. 311 00:16:50,885 --> 00:16:54,041 Saya rasa adalah agak menarik 312 00:16:54,041 --> 00:16:56,169 kerana terdapatnya bukti dari segi matematik 313 00:16:56,169 --> 00:16:59,229 yang menyatakan bahawa jangan menyimpan kemarahan anda. 314 00:16:59,229 --> 00:17:01,684 Jadi, itulah dia tiga petua dari sudut matematik 315 00:17:01,684 --> 00:17:04,525 yang boleh membantu soal cinta dan perhubungan anda. 316 00:17:04,525 --> 00:17:06,927 Tapi saya berharap, selain digunakan sebagai petua, 317 00:17:06,927 --> 00:17:10,828 ia juga dapat membuka mata anda tentang kehebatan matematik. 318 00:17:10,828 --> 00:17:13,317 Kerana bagi saya, persamaan dan simbol 319 00:17:13,317 --> 00:17:15,720 bukannya merupakan sebuah perkara saja. 320 00:17:15,720 --> 00:17:17,380 Ia juga merupakan sebuah suara 321 00:17:17,380 --> 00:17:20,132 yang dapat menyatakan kekayaan alam semula jadi 322 00:17:20,132 --> 00:17:22,306 dan keringkasan yang mengejutkan 323 00:17:22,306 --> 00:17:26,150 yang terdapat dalam pola-pola yang berada di sekitar kita, 324 00:17:26,150 --> 00:17:27,984 daripada bagaimana dunia ini berfungsi 325 00:17:27,984 --> 00:17:29,648 sehingga bagaimana kita bertindak. 326 00:17:29,648 --> 00:17:31,673 Saya berharap, mungkin bagi beberapa orang, 327 00:17:31,673 --> 00:17:34,029 sedikit ilmu tentang cinta dari sudut matematik 328 00:17:34,029 --> 00:17:37,344 dapat menggalakkan anda agar lebih menyukai matematik. 329 00:17:37,344 --> 00:17:38,643 Terima kasih. 330 00:17:38,643 --> 00:17:40,160 (Tepukan)