[muzik latar] Siapa yang mengajar kamu untuk benci warna kulit kamu? Siapa yang mengajar kamu untuk benci tekstur rambut kamu? Siapa yang mengajar kamy untuk benci bentuk hidung dan mulut kamu? Siapa yang mengajar kamu untuk membenci diri sendiri dari pangkal kepala hinga ke hujung kaki? Siapa yang mengajar kamu untuk benci orang kamu sendiri? Siapa yang menagajar kamu untuk benci kaum kamu sendiri? Sehingga kamu tak ingin berada di kalangan sesama senndiri? Kamu tahu. Kamu patut tanya diri kamu sendiri sebelum kamu tanya jika Muhammad mengajar kita untuk membenci. siapa yang mengajar kamu untuk membenci diri kamu yang telah dicipta oleh Tuhan? Kebanyakan kita, orang berkulit hitam, atau orang negro seperti yang dia panggil kita, fikir bahawa kita ini bebas, tanpa kita sedari, kebebasan yang kita sangka kita kecapi masih lagi belum tercapai. Dan di dalam berbagai cari, apa yang memotivasikan kita ialah keinginan kita untuk diterima oleh orang berkulit putih. Malcom bermaksud untuk menghilangkan rasa rendah diri itu. Beliau tahu ia akan menyakiti. Beliau tahu bahawa orang sanggup membunuh kerana itu, tetapi beliau berani untuk mengambil risiko itu. Beliau berkata sesuatu yang lebih penting daripada apa yang diperkatakan oleh ketua-ketua lain pada masa itu. Beliau memberitahu kita untuk membina rumah sendiri, sedangkan ketua-ketua yang lain memohon untuk dimasukkan ke rumah orang yang menindas kaum mereka. Beliau mengusir ketakutan orang-orang Afrika Amerika. Beliau berkata "Saya akan bercakap apa yang kamu fikirkan" dan "Kamu lihat nanti, orang akan mendengar dan ia tidak akan mengapa-apakan kita, ok? Tetapi saya tidak akan bercakap untuk orang ramai." Bila beliau bercakap di dalam nada yang tegas ini seperti mengatakan, "Saya tidak takut untuk berkata apa yang anda fikirkan selama ini," dan kerana inilah kita sayangi beliau. Beliau bercakap secara lantang dan bukan di belakang pintu tertutup, Beliau menambil Amerika untuk kami. Dan saya, sebagai seorang Muslimin percaya bahawa orang berkulit putih itu agak bijak. Jika beliau sedar bagaimana perasan sebenar orang berkulit hitam dan betapa jemunya kami tanpa berkompromi dengan kata-kata manis Anda yang menyusahkan diri sendiri. Orang berkulit putih percaya kepada kamu bila kamu mengucapkan kata-kata manis kerana kamu sentiasa berkata-kata manis kepada mereka sejak kamu dibawa ke sini Berhentikan kata-kata manis itu! Beritahu mereka perasaan kamu! Beritahu dia betapa susahnya kamu dan jika mereka tidak bersedia untuk mengemas rumah mereka, mereka tidak bersedia untuk mengemas rumah mereka. dia tidak sepatutnya ada rumah. [orang ramai: Betul!] Rumah itu sepatutnya terbakar dan hangus... [tepukan] [muzik dan dram] Di jalanan Harlem, untuk kebanyak abad, orang berkulit hitam telah menyambut kebudayaan mereka, dan menyoalkan isu kaum di Amerika. Di sinilah Malcolm pertama sekali bergabung pempidato jalanan yang memberi suara kepada harapan Harlem dan kemarahannya. Saya pernah mengajar natiolisme dan ini bermakna saya ingin keluar dari negara orang putih ini kerana integrasi tidak akan terjadi Selagi anda hidup, ia tidak akan berintegrasi ke dalam sistem orang putih "125th Street" dan "Seventh Avenue" menjadi pusat aktiviti di kalangan pemidato jalanan berkulit hitam. Apabila Malcolm tiba, secara teknikalnya sudah tiada lagi sudut untuknya. Jadi beliau telah menubuhkan pusatnya di hadapan kedai buku Elder Michaux. Malcolm tidak boleh bercakap selama empat, lima minit setiap kali beliau mengambil tempatnya Orang ramai akan menjerit memuji beliau dan beliau hanya akan berdiri, menerima semua pujian. kemudian baru beliau bermula. Mereka berkata Muhammad mengajar kebencian kerana mengajar membenci dadah dan arak. Mereka panggil Muhammad seorang supremis berkulit hitam kerana beliau mengajar bahawa bukan saja orang berkulit sama saja dengan orang berkulir putih, malah lebih hebat dari orang berkulit putih. Ya, lebih hebat dari orang berkulit putih. Kamu lebih hebat dari orang berkulit putih dan itu mengatakan sesuatu. Bahawa kita bukan saja sama dengan orang berkulit putih Mereka sama dengan siapa? Tengok kulit mereka Kamu tak boleh banding kulit kamu dengan kulit mereka, Kulit anda seperti emas berbanding kulit mereka. Satu ketika dulu, kita tergila-gilakan orang yang berkulit putih Kita fikir mereka cantik kerana kita buta, kita bodoh. Kita tak dapat melihat mereka seadanya. Tapi sejak Elijah Muhammad datang dan mengajar kita agama Islam, yang telah menyucikan kami, dan membuat kita lihat dengan diri kita sendiri sekarang kita boleh lihat sebenarnya yang si putih itu kelihatan pucat tiada apa, hanya, pucat. Setelah ucapannya, saya berasa bahawa dengannya setelah anda mendengar ucapannya, anda tidak akan kembali ke tempat yang anda berada sebelum ini. Anda harus, walaupun anda tidak beranjak, anda terpaksa memikirkannya semula. Kita tidak biasa dipanggil syaitan dan bahawa kita di negeri-negeri utara adalah penindas Beliau berucap untuk kebanyakkan orang berkulit hitam yang senyap dan menyanyikan di gelombang udara syaitan, dan ini ialah satu tindakan perang. Bila beliau turun dari pentas, saya berjalan ke arah beliau dan pengawalnya, kamu tahu, beliau jalan ke hadapan, dan menolah pengawalnya ke tepi. Dan saya hulurkan tangan saya, dan berkata "Saya suka sesetengah yang kamu cakap. Saya tak setuju dengan semuanya, tapi saya suka sesetengah yang kamu cakap" Dan beliau melihat saya, ambil tangan saya dengan lembut dan berkata "Satu hari nanti anda akan setuju. Satu hari nanti". Dan beliau senyum. Untuk menjelaskan mesej beliau, Malcolm menggunakan cerita hidupnya sendiri sebagai pengajaran. Beliau berceramah melalui cerita-cerita dongeng dan perumpamaan dan kemudian, apabila menulis autobiografinya bersama Alex Haley, beliau mengambil kawalan bagaimana kehidupannya di masa depan akan ditafsirkan, Saya terpegun dengan kenyataan yang dibuat mengenai dirinya Beliau akan berkata "Saya sebahagian dari semua orang yang saya telah berjumpa" dengan itu beliau bermaksud bahawa segala yang telah dilakukannya pada permulaan hidup beliau telah mendedahkannya kepada dan mengajaynya sedikit sebanyak kemahiran yang menjadikannya Malcolm yang menjadi jurucakap Nation of Islam. Anda dilahirkan di Omaha, bukan? Ya Dan keluarga kamu meninggalkan Omaha semasa kamu berumur lebih kurang satu tahun? Saya fikir begitu. Kenapa meraka tinggalkan Omaha? Pada pemahaman saya, Klu KLux Klan telah bakar salah satu rumah mereka di Omaha. Ramai Ku Klux Klan Mereka membuat keluarga anda tidak gembira, saya pasti. Tak selamat, jika bukan tak gembira. Jadi anda mempunya pandangan yang agak prejudis, pandangan prejudis dari sudut peribadi Dalam erti kata lain, kamu tak boleh melihat perkara ini dari sudut luas, sudut akademik, kan? Saya rasa itu tak betul kerana walaupun perkara itu berlaku di Omaha dan kemudian apabila kami pindah ke Lansing, Michigan, rumah kami dibakar juga. sebenarnya, bapa saya dibunuh oleh Ku Klux Klan, walaupun begitu, tiada siapa yang lebih berintegrasi dengan orang berkulit putih, daripada saya Tiada siapa yang telah hidup dalam masyarakat orang berkulit putih, lebih daripada saya. Hanya kami saja kanak-kanak berkulit hitam di kejiranan saya tapi di belakang rumah kami, ada kawan hutan jadi kanak-kanak berkulit putih selalu datang ke rumah kami dan pergi ke belakang untuk bermain di situ. Jadi Malcolm akan berkata "Mari main Robin Hood" Jadi kami akan ke belakang dan bermain Robin Hood Malcolm adalah Robin Hood dan kanak-kanak berkulit putih akan bermain sama. Malcol berkata beliau mempunyai kulit terputih di antara tujuh anak-anak Earl dan Louise Little, satu peringatan, katanya, kepada lelaki berkulit putih yang telah merogol ibu kepada ibunya. Pada tahun 1929, apabila Malcolm berusia empat tahun, bapanya, seorang juru tukang dan pendakwah, memindahkan keluarganya ke Lansing Michigan. Lansing ialah bandar kecil di bahagian barat dan merupakan sebuah bandar di mana orang berkulit hitam tinggal. Malcolm dan keluarganya tinggal di luar bandar itu dan mereka mempunyai empat ekar tanah dan sebuah rumah di atasnya, jadi mereka dikira sebagai peladang. Tiga bulan selepas keluarga Little berlundah, jiran berkulit putih mereka mengambil tindakan untuk mengusir mereka. Hakim daerah telah memutuskan bahawa hartanah ladang adalah untuk orang berkulit putih saja. Tetapi Earl Little enggan berpindah. Di Michigan, jumlah Ku Klux Klan lebih kurang 70,000, lima kali ganda dari Mississippi. Untuk keluarga Malcolm, pemusuhan orang berkulit putih ialah satu hakikat kehidupan. Semua orang sedang tidur di dalam rumah kami dan tiba-tiba kami terdengar satu bunyi yang kuat. Dan semua orang bangun, api merebak dan semua orang lari bertempiaran. Apa yang saya ingat ialah ibu saya memberitahu kami, "Bangun, bangun, rumah terbakar," dan keluar. Itu yang saya ingat. Saya dengar ibu saya menjerit, saya dengar ayah saya menjerit. Dan mereka pastikan kami semua bersama dan bawa kami keluar. Rumah kami terbakar. Tapi tiada ahli bomba yang tiba, langsung tiada, dan rumah kami hangus. Ayah Malcolm, Earl Little, menuduh orang berkulit putih yang memulakan api tersebut. Pihak polis menuduh Earl dan menangkapnya kerana mengesyaki yang dia telah memulakan api tersebut. Tuduhan itu kemudian dijatuhkan. Di bandar yang kamu membesar, orang putih memanggil kami "orang negro kaya," atau "orang negro pandai yang tinggal sendiri di luar kawan selatan." Pada masa itu, bila orang berkulit putih memanggil anda "negro pandai" itu cara lain untuk berkata "Jaga-jaga, negro ini bukan bodoh." Bapa saya bebas. Dia tidak mahu sesiapa menyuapnya. Dia ingin membela makanannya sendiri. Dia tidak mahu orang lain mempunyai kuasa ka atas anak-anaknya. Dia ingin menggunakan kuasanya, dan dia menggunakannya.