Wahai. Wahai Dataran. Di manakah kau selama ini? Bersamamu kami bernyanyi. Dan bersamamu kami berjerih payah. Kami lawan ketakutan kami. Dan kami berdoa. Semua ibarat satu tangan. Siang dan malam. Dan bersamamu tiada yang mustahil. Suara kebebasan menyatukan kita. Akhirnya hidup kita punyai makna. Tak akan kita berpaling. Suara kita telah kedengaran. Dan impian kita tidak di haramkan lagi. Wahai. Wahai Dataran. Di manakah kau selama ini? Kau runtuhkan tembok. Kau nyalakan cahaya. Kau himpunkan sekelilingmu rakyat yang kehilangan arah. Kami dilahirkan semula. Dan impian yang istiqamah telah terlahir. Kita bertelagah dengan niat yang murni. Kadangkala keadaan tidak jelas. Kita akan mempertahankan negara kita dan anak cucu kita. Kita akan mempertahankan hak kepada anak-anak muda kita yang telah terkorban. Wahai. Wahai Dataran. Di manakah kau selama ini? Denganmu kita rasakan dan mulakan. Setelah jauh kita tempuhi dan ianya berakhir. Kita harus ubah diri kita dengan tangan kita sendiri. Banyak yang kau berikan dan yang selebihnya terserah kepada kita. Kadangkala ku risau yang kau akan lenyap menjadi memori. Kau akan menjadi asing kepada kami dan idea ini akan mati. Dan kita akan pulang dan melupakan apa yang telah terjadi. Dan menceritakan kisah-kisah mu didalam dongengan kami. Wahai. Wahai Dataran. Di manakah kau selama ini? Dataran ini sarat. Dengan pelbagai rupa. Yang gopoh. Dan yang berani. Ada yang bersemangat. Dan ada yang terikut-ikut. Yang lantang. Yang diam. Kami bersua. Meminum teh. Kami tahu bagaimana mendapatkan hak kami. Kau perdengarkan kami kepada dunia. Dan kau himpunkan jiran-jiran bersama. Wahai. Wahai Dataran. Di manakah kau selama ini? Idea kami adalah kekuatan kami. Senjata kami ialah perpaduan kami. Dataran ini menuturkan kebenaran. Ia sentiasa berkata tidak kepada penindas. Dataran ini ibarat gelombang. Ia mengandungi marhaen yang menunggangnya.Yang selainnya lumpuh kerananya. Orang luar memanggilnya huru-hara. Dan apa yang telah terjadi telah pun ditulis. Wahai. Wahai Dataran. Di manakah kau selama ini?