Kita diminta mendarabkan 32.12, atau 32 dan 12 perseratus, darab
0.5, atau hanya 5 persepuluh.
Sekarang apabila anda mendarabkan perpuluhan, anda mendarab
dengan cara yang sama dengan pendaraban nombor bulat, dan
kemudian anda kirakan berapa ruang yang ada di belakang perpuluhan
kedua-dua nombor yang anda darabkan, dan anda
akan mempunyai ruang sebanyak itu dalam produk anda.
Izinkan saya menunjukkan apa yang saya cakapkan.
Jadi mari kita mendarabkan kedua-dua nombor itu.
Jadi kita mempunyai 32.12 darab 0.5.
Dan apabila anda menulisnya, anda hanya perlu menolak kedua-duanya
ke hujung sebelah kanan.
Anda hampir boleh mengabaikan perpuluhan itu.
Sekarang, anda perlu menulis perpuluhan itu di mana sepatutnya,
tetapi anda boleh juga menganggap yang ini adalah 3,212 darab 5,
dan kemudian baru kita akan balik kepada perpuluhan itu.
Jadi mari kita bermula.
Jadi sekiranya kita hanya mendarab 5 darab 3,212, kita akan mengatakan,
5 darab 2 adalah 10.
Kumpulkan semula 1 itu.
5 darab 1 adalah 5, tambah 1 adalah 6.
5 darab 2 adalah 10.
Kumpulkan semula 1 itu.
Dan kemudian akhirnya, anda mempunyai 5 darab 3 adalah 15, tambah 1 adalah 16.
Dan kemudian kita tidak lagi mempunyai tempat lain.
Sekiranya kita hanya menyelesaikan ini sebagai 05, kita tidak akan mendarab 0
darab semua ini.
Kita hanya akan mendapat 0.
Jadi hanya 5 darab 3,212 akan memberi kita nombor ini.
Tetapi sekarang kita mahu mengambil kira perpuluhan itu.
Kita hanya perlu mengira berapa jumlah ruang atau
tempat yang ada di belakang titik perpuluhan kedua-dua
nombor yang kita darabkan.
Jadi kita mempunyai satu, dua, tiga ruang, atau tiga nombor, pada
sebelah kanan perpuluhan kedua-dua nombor yang kita
darabkan.
Jadi kita memerlukan nombor sebanyak itu pada sebelah kanan perpuluhan
jawapan kita.
Jadi kita bergerak satu, dua, tiga, letakkan perpuluhan di situ.
Jadi 32.12 darab 0.5 adalah 16.060.
Dan kosong yang tertinggal ini kita boleh abaikan, kerana
ia tidak menambahkan sebarang maklumat di sana.
Jadi kita boleh menulis ini sebagai 16.06 sahaja.
Perkara terakhir yang anda perlu buat adalah hanya memastikan yang ini
boleh diterima.
Anda mempunyai suatu nombor yang hampir 32, dan kita
mendarabkan ia dengan 0.5.
Ingat, 0.5 adalah sama dengan 5 per 10, yang
sama dengan 1/2.
Jadi kita sebenarnya mendarab 32.12 darab 1/2.
Cuba kita selesaikan berapakah satu setengah dari 32.12.
Dan setengah dari 32 adalah 16, dan setengah dari 0.12 adalah 0.06, jadi ini memang
boleh diterima.