Sebagai manusia bumi yang pantas berhubung di zaman ini
kami, krew ekspedisi pertama Stesen Angkasa Lepas Alpha
Kami bersiap sedia dalam perjalanan eksplorasi dan penemuan kita.
membina tapak asas bagi lelaki dan wanita yang akan mengembara
dan hidup jauh dari planet asal kita.
Kami membuka Gerbang ke Angkasa
untuk seluruh manusia sejagat
Sedang kami mengelilingi bumi setiap 90 minit,
Kami melihat dunia tanpa sempadan, dan menaruh harapan
agar seluruh bangsa bekerjasama ke arah keamanan dan keharmonian.
Dunia kita telah berubah secara dramatik.
Kekal, ISS sebagai bukti fizikal bahawa seluruh bangsa boleh bekerjasama dengan harmoni,
dan perlu galakan keamanan dan usahasama global,
dan hanya semata-mata mencapai matlamat ini.
Di malam ini, kami hendak berkongsi dengan anda sekalian,
takdir kita dalam pengembaraan ruang angkasa,
pencarian dan keterujaan kita semasa menatap keindahan Bumi,
dan firasat yang kuat bahawa semangat insan melakukan tindakan, menjelajah, mencari penemuan,
tiada had batasan.
Kesusahan melanda di seluruh dunia
tetapi inilah masanya kita semua perlu berfikir
tentang bersatu padu dan menghargai planet kita ini,
dan kita bersama - sama peroleh pandangan yang cantik dari atas sini