Kita dikehendaki menulis ini dalam bentuk perkataan, dan saya tidak akan menyebutnya kerana itu akan memberi anda jawapannya. Kita mempunyai 63.15 yang kita mahu menulis dalam bentuk perkataan. Nombor di sebelah kiri titik perpuluhan agak jelas untuk diselesaikan. Saya akan tambahkan kod warna di sini. Jadi, kita mempunyai 6, 3. Saya akan menulisnya dengan warna yang berlainan. Dan kita mempunyai perpuluhan, dan kita mempunyai 1 dan 5. Ada satu cara yang biasa digunakan untuk menyelesaikan ini, tetapi kita akan bincangkan cara-cara lain yang anda boleh guna untuk menyatakan ini sebagai satu perkataan. Tetapi kita tahu bagaimana nak menulis ini di sebelah kiri. Ini agak jelas. Ini adalah enam puluh tiga. Saya akan menulis itu. Jadi, ini adalah enam puluh tiga. Dan untuk mengganti perpuluhan, kita akan menulis, dan. Sekarang, terdapat dua cara penyelesaian dari sini. Kita boleh mengatakan, dan satu persepuluh dan lima perseratus, atau kita boleh juga mengatakan, lihat, ini lima belas perseratus. Satu persepuluh adalah sepuluh perseratus. Jadi, satu persepuluh dan lima perseratus adalah lima belas perseratus. Jadi, mungkin saya boleh menulisnya begini: enam puluh tiga dan lima belas perseratus. Begitu sahaja. Sekarang, ia mungkin lagi biasa untuk mengatakan, kenapa saya tidak menyebutnya sebagai satu persepuluh dan kemudian lima perseratus? Dan anda boleh, tetapi itu akan menyusahkan seseorang untuk memproses apa yang anda sebutkan. Oleh itu, ia boleh jadi enam puluh tiga-- jadi saya akan 'copy' dan 'paste' itu. Ia boleh jadi enam puluh tiga dan, dan anda akan menulis, satu persepuluh untuk digit ini, dan lima perseratus. Enam puluh tiga dan satu persepuluh dan lima perseratus adalah sukar untuk diproses oleh orang ramai. Tetapi kalau anda mengatakan, lima perseratus, orang akan memahami apa yang anda sebutkan. Saya tidak mahu membazir masa, tetapi ini adalah 1/10 di sini dan kemudian ini pula adalah 5/100, 5 per 100. Tetapi kalau anda menambahkan dua ini, tetapi kalau anda menambah 1/10 campur 5/100-- jadi, mari kita berbuat demikian. Kalau anda menambah 1/10 campur 5/100, bagaimana anda akan melakukannya? Anda memerlukan penyebut yang sama. 100 boleh dibahagikan dengan 10 dan juga 100, jadi darabkan kedua-dua pengangka dan penyebut dengan 10. Anda akan dapat 10 di atas dan 100 di bawah. 1/10 adalah sama dengan 10 per 100. 10/100 campur 5/100 adalah sama dengan 15 per 100, jadi bahagian ini adalah sama dengan 15/100. Dan sebab itulah kita mengatakan enam puluh tiga dan lima belas perseratus.