Apakah nilai tempat 3 dalam 654.213? Mari kita fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Sebelum itu, biar saya menulis semula nombor ini, dan saya akan menulis setiap angka dengan warna yang berlainan. Jadi, 654 perpuluhan-- di sini titik perpuluhannya-- 213. Sekarang kita sudah biasa, saya rasa, dengan angka-angka di sebelah kiri titik perpuluhan. Kita tahu yang ini-- biar saya tuliskan dalam warna putih --ini adalah di nilai tempat ratus, ataupun kita boleh melihat ia sebagai 10 kuasa dua. Saya akan tuliskan lagi besar di bawah sini. Jadi ini di nilai tempat ratus, ataupun kamu boleh melihat ia sebagai nilai tempat 10 kuasa dua, yang sebenarnya sama dengan ratus. Di sini adalah tempat puluh, yang juga bersamaan dengan 10 kuasa satu. Di sini pula adalah nilai tempat sa yang bersamaan dengan 10 kuasa kosong. Kemudian, kalau kamu bergerak satu tempat ke kanan titik perpuluhan, ini adalah nilai tempat persepuluh. Nilai persepuluh ini boleh juga dilihat sebagai 10 kuasa negatif satu. Seterusnya, jika kita pergi ke warna ungu ini, kita gerak dua tempat ke kanan, dan ini mewakili perseratus, atau 10 kuasa negatif dua. Dan akhirnya, 3 ini mewakili perseribu. Ini mewakili perseribu, ataupun 10 kuasa negatif tiga. Sekarang, untuk menjawab soalan apa itu nilai tempat 3 dalam 654.213? Nilai tempatnya ialah perseribu. Dan kita sebenarnya telahpun menjawab soalan tersebut. Tetapi untuk memastikan yang kita betul-betul memahami apa yang dimaksudkan, saya akan menulis semula nombor ini. Kita boleh menulis semula nombor ini sebagai 600. Kita ada 6 ratus campur 5 puluh, campur 4 sa campur 2/10, campur 1/100, campur 3/1,000. Ataupun, untuk memastikan yang kita betul-betul memahami apa yang kita maksudkan dengan nilai tempat, kita boleh menulis semula nombor ini sebagai 6 darab 100, campur 5 darab 10, campur 4 darab satu-- saya selalu menulis ini dengan warna yang salah-- campur 2 darab 1/10, campur 1 darab 1/100, dan akhirnya, campur 3 darab 1/1,000. Oleh itu, harap-harap, apabila kamu menuliskannya seperti ini, kamu dapat menggambarkan apa yang dimaksudkan dengan nilai tempat. 6 ini, tiga digit ke kiri titik perpuluhan, ia adalah di tempat ratus, jadi ia mewakili 6 ratus. Ini mewakili 5 puluh kerana ia di tempat puluh. Dan ini mewakili 4 sa. Kamu gerak ke tempat perseribu, jadi 3 ini mewakililah tiga perseribu.