1 00:00:00,610 --> 00:00:08,850 Apakah nilai tempat 3 dalam 654.213? 2 00:00:08,850 --> 00:00:10,200 Mari kita fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. 3 00:00:10,200 --> 00:00:13,110 Sebelum itu, biar saya menulis semula nombor ini, dan saya akan menulis 4 00:00:13,110 --> 00:00:14,620 setiap angka dengan warna yang berlainan. 5 00:00:14,620 --> 00:00:31,760 Jadi, 654 perpuluhan-- di sini titik perpuluhannya-- 213. 6 00:00:31,760 --> 00:00:34,610 Sekarang kita sudah biasa, saya rasa, dengan angka-angka 7 00:00:34,610 --> 00:00:35,920 di sebelah kiri titik perpuluhan. 8 00:00:35,920 --> 00:00:38,670 Kita tahu yang ini-- biar saya tuliskan dalam warna putih 9 00:00:38,670 --> 00:00:45,590 --ini adalah di nilai tempat ratus, ataupun kita boleh melihat ia sebagai 10 10 00:00:45,590 --> 00:00:47,730 kuasa dua. 11 00:00:47,730 --> 00:00:50,620 Saya akan tuliskan lagi besar di bawah sini. 12 00:00:50,620 --> 00:00:55,590 Jadi ini di nilai tempat ratus, ataupun kamu boleh 13 00:00:55,590 --> 00:00:57,800 melihat ia sebagai nilai tempat 10 kuasa dua, yang 14 00:00:57,800 --> 00:00:59,350 sebenarnya sama dengan ratus. 15 00:00:59,350 --> 00:01:03,100 Di sini adalah tempat puluh, yang juga bersamaan 16 00:01:03,100 --> 00:01:08,030 dengan 10 kuasa satu. Di sini pula adalah nilai tempat sa 17 00:01:08,030 --> 00:01:11,190 yang bersamaan dengan 10 kuasa kosong. 18 00:01:11,190 --> 00:01:15,440 Kemudian, kalau kamu bergerak satu tempat ke kanan titik 19 00:01:15,440 --> 00:01:18,200 perpuluhan, ini adalah nilai tempat persepuluh. 20 00:01:18,200 --> 00:01:25,910 Nilai persepuluh ini boleh juga dilihat sebagai 10 kuasa 21 00:01:25,910 --> 00:01:27,170 negatif satu. 22 00:01:27,170 --> 00:01:29,220 Seterusnya, jika kita pergi ke warna ungu ini, kita gerak dua tempat 23 00:01:29,220 --> 00:01:35,670 ke kanan, dan ini mewakili perseratus, atau 10 kuasa 24 00:01:35,670 --> 00:01:36,500 negatif dua. 25 00:01:36,500 --> 00:01:41,060 Dan akhirnya, 3 ini mewakili perseribu. 26 00:01:41,060 --> 00:01:45,870 Ini mewakili perseribu, ataupun 10 kuasa negatif tiga. 27 00:01:45,870 --> 00:01:48,780 Sekarang, untuk menjawab soalan apa itu nilai 28 00:01:48,780 --> 00:01:53,970 tempat 3 dalam 654.213? 29 00:01:53,970 --> 00:01:55,520 Nilai tempatnya ialah perseribu. 30 00:01:59,030 --> 00:02:01,010 Dan kita sebenarnya telahpun menjawab soalan tersebut. 31 00:02:01,010 --> 00:02:03,650 Tetapi untuk memastikan yang kita betul-betul memahami apa yang dimaksudkan, 32 00:02:03,650 --> 00:02:05,810 saya akan menulis semula nombor ini. 33 00:02:05,810 --> 00:02:09,840 Kita boleh menulis semula nombor ini sebagai 600. 34 00:02:09,840 --> 00:02:16,800 Kita ada 6 ratus campur 5 puluh, 35 00:02:16,800 --> 00:02:48,630 campur 4 sa campur 2/10, campur 1/100, campur 3/1,000. 36 00:02:48,630 --> 00:02:51,380 Ataupun, untuk memastikan yang kita betul-betul 37 00:02:51,380 --> 00:02:53,960 memahami apa yang kita maksudkan dengan nilai 38 00:02:53,960 --> 00:03:02,170 tempat, kita boleh menulis semula nombor ini sebagai 6 darab 100, campur 5 39 00:03:02,170 --> 00:03:10,020 darab 10, campur 4 darab satu-- saya selalu menulis ini dengan warna 40 00:03:10,020 --> 00:03:28,190 yang salah-- campur 2 darab 1/10, campur 1 darab 1/100, dan 41 00:03:28,190 --> 00:03:33,940 akhirnya, campur 3 darab 1/1,000. 42 00:03:33,940 --> 00:03:36,540 Oleh itu, harap-harap, apabila kamu menuliskannya seperti ini, kamu dapat 43 00:03:36,540 --> 00:03:39,630 menggambarkan apa yang dimaksudkan dengan nilai tempat. 44 00:03:39,630 --> 00:03:44,350 6 ini, tiga digit ke kiri titik perpuluhan, ia adalah 45 00:03:44,350 --> 00:03:47,110 di tempat ratus, jadi ia mewakili 6 ratus. 46 00:03:47,110 --> 00:03:50,190 Ini mewakili 5 puluh kerana ia di tempat puluh. 47 00:03:50,190 --> 00:03:51,820 Dan ini mewakili 4 sa. 48 00:03:51,820 --> 00:03:54,640 Kamu gerak ke tempat perseribu, jadi 3 ini 49 00:03:54,640 --> 00:03:56,686 mewakililah tiga perseribu.