Apakah nilai tempat 3 dalam 654.213?
Mari kita fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.
Sebelum itu, biar saya menulis semula nombor ini, dan saya akan menulis
setiap angka dengan warna yang berlainan.
Jadi, 654 perpuluhan-- di sini titik perpuluhannya-- 213.
Sekarang kita sudah biasa, saya rasa, dengan angka-angka
di sebelah kiri titik perpuluhan.
Kita tahu yang ini-- biar saya tuliskan dalam warna putih
--ini adalah di nilai tempat ratus, ataupun kita boleh melihat ia sebagai 10
kuasa dua.
Saya akan tuliskan lagi besar di bawah sini.
Jadi ini di nilai tempat ratus, ataupun kamu boleh
melihat ia sebagai nilai tempat 10 kuasa dua, yang
sebenarnya sama dengan ratus.
Di sini adalah tempat puluh, yang juga bersamaan
dengan 10 kuasa satu. Di sini pula adalah nilai tempat sa
yang bersamaan dengan 10 kuasa kosong.
Kemudian, kalau kamu bergerak satu tempat ke kanan titik
perpuluhan, ini adalah nilai tempat persepuluh.
Nilai persepuluh ini boleh juga dilihat sebagai 10 kuasa
negatif satu.
Seterusnya, jika kita pergi ke warna ungu ini, kita gerak dua tempat
ke kanan, dan ini mewakili perseratus, atau 10 kuasa
negatif dua.
Dan akhirnya, 3 ini mewakili perseribu.
Ini mewakili perseribu, ataupun 10 kuasa negatif tiga.
Sekarang, untuk menjawab soalan apa itu nilai
tempat 3 dalam 654.213?
Nilai tempatnya ialah perseribu.
Dan kita sebenarnya telahpun menjawab soalan tersebut.
Tetapi untuk memastikan yang kita betul-betul memahami apa yang dimaksudkan,
saya akan menulis semula nombor ini.
Kita boleh menulis semula nombor ini sebagai 600.
Kita ada 6 ratus campur 5 puluh,
campur 4 sa campur 2/10, campur 1/100, campur 3/1,000.
Ataupun, untuk memastikan yang kita betul-betul
memahami apa yang kita maksudkan dengan nilai
tempat, kita boleh menulis semula nombor ini sebagai 6 darab 100, campur 5
darab 10, campur 4 darab satu-- saya selalu menulis ini dengan warna
yang salah-- campur 2 darab 1/10, campur 1 darab 1/100, dan
akhirnya, campur 3 darab 1/1,000.
Oleh itu, harap-harap, apabila kamu menuliskannya seperti ini, kamu dapat
menggambarkan apa yang dimaksudkan dengan nilai tempat.
6 ini, tiga digit ke kiri titik perpuluhan, ia adalah
di tempat ratus, jadi ia mewakili 6 ratus.
Ini mewakili 5 puluh kerana ia di tempat puluh.
Dan ini mewakili 4 sa.
Kamu gerak ke tempat perseribu, jadi 3 ini
mewakililah tiga perseribu.