.
Katakan kita ada satu bulatan, dan kita ada
diameter bulatan.
Izinkan saya melukis diameter.
Ini agak baik.
Ini adalah diameter bulatan
.
Itulah dia diameter.
Katakan saya mempunyai satu segi tiga di mana diameter nya merupakan satu sisi
daripada segi tiga tersebut, dan sudut yang bertentangan dengan sisi tersebut, iaitu pada puncaknya,
berada pada lilitan tersebut.
Jadi, kita katakan, sudut yang bertentangan dengan diameter ini
berada pada lilitan.
Jadi segitiga kelihatan seperti ini.
Segi tiga kelihatan seperti itu.
Apa yang saya akan tunjukkan kepada anda dalam video ini ialah
segi tiga ini akan menjadi segi tiga tepat.
.
Bahagian 90 darjah akan menjadi bahagian yang
bertentangan dengan diameter ini.
Saya tidak mahu melabelkan ia lagi kerana ia akan
merosakkan keseronokan bukti.
Sekarang mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan hal ini.
Di dalam kit alat kita, terdapat fahaman tentang suatu sudut tertulis,
hubungannya dengan sudut pusat yang
mempunyai lengkok yang sama.
Jadi mari kita lihat pada itu.
Katakan bahawa ini adalah sudut tertulis di sini.
Kita panggil ia teta.
Sekarang mari kita katatakan bahawa itulah pusat
bagi bulatan saya.
Kemudian sudut ini akan menjadi satu sudut pusat.
Izinkan saya melukis segi tiga yang lain di sini
dan satu garisan di sana.
Ini adalah sudut pusat.
Ini adalah jejari.
Ini adalah radius yang sama - sebenarnya
ini mempunyai jarak yang sama.
Tetapi kita telah belajar beberapa video yang lalu bahawa,
sudut yang tertulis ini mempunyai lengkok di sini.
.
Sudut pusat yang mempunyai lengkok yang sama akan menjadi
dua kali ganda sudut ini.
Kita telah buktikan dalam beberapa video yang lalu.
Jadi ini akan menjadi 2 teta.
Ia adalah sudut pusat dengan lengkok yang sama.
Sekarang, segi tiga ini
ialah segitiga sama kaki.
Saya boleh putar dan lukis seperti ini.
.
Jika saya terbalikkan ia akan kelihatan seperti itu, itu, dan kemudian
bahagian hijau akanberada di bawah seperti itu.
Dan kedua-dua belah bahagian ini mempunyai panjang r.
Sudut atas ini adalah 2 teta.
Apa yang saya akan lakukan ialah memusingkan ia untuk
dilukis seperti ini.
Sisi ini adalah sisi yang berada di sana.
Oleh keran kedua belah sisi adalah sama, ia adalah sama kaki, oleh itu, kedua-dua
sudut tapak mestilah sama.
.
Itu dan itu mestilah sama, atau jika saya lukis sehingga
sini, ini dan itu mestilah mempunyai sudut tapak yang sama
Sekarang, saya sudah menggunakan teta, mungkin saya akan
gunakan x untuk sudut ini.
Jadi, ini akan menjadi x, dan ini menjadi x.
X akan sama dengan apa?
x tambah x tambah 2 teta akan sama dengan 180 darjah.
semuanya berada dalam segi tiga yang sama
Biar saya tuliskan.
Kita dapat x tambah x tambah 2 teta, semuanya sama dengan 180 darjah
atau kita dapat 2x tambah 2 teta sama dengan 180 darjah,
atau kita dapat 2x sama dengan 180 tolak 2 teta.
Bahgi kedua-dua bahagian dengan 2, anda akan dapat x sama dengan 90 tolak teta.
Jadi, x sama dengan 90 tolak teta.
Sekarang mari kita lihat apa lagi yang boleh kita lakukan
Kita boleh lihat pada segi tiga ini.
Segi tiga ini, pada bahagian in akan mempunyai jarak yang
di sini dan juga jejari bulatan tersebut.
Jarak ini yang telah kita labelkan,
adalah jejari bulatan.
Jadi sekali lagi, ini juga merupakan sebuah segitiga sama kaki.
Kedua-dua sisi adalah sama, maka kedua-dua sudut tapak
mesti sama.
Jadi, jika ini adalah teta, ini juga akan
sama dengan teta.
Dan sebenarnya, kita menggunakan maklumat itu, untuk
menunjukkan hasil yang pertama tentang sudut tertulis dan juga
hubungan di antara mereka dan sudut-sudut pusat
dengan lengkok yang sama.
Jadi, jika ini adalah teta,maka itu juga teta kerana ini adalah
segi tiga sama kaki.
Jadi ini sudut apa pula?
Baik, ia akan menjadi teta tambah 90 tolak theta.
Sudut yang di sana akan menjadi teta
tambah 90 tolak theta.
baik, teta tersebut menjadi terbatal
Jadi, apabila satu sisi segi tiga menjadi
diameter, kemudian sudut puncak yang bertentangan
berada bertentangan dengan bahagian itu, berada pada
lilitan, sudut di sini akan menjadi
sudut tegak, dan ini akan menjadi segi tiga tepat.
Jadi, jika saya melukis sesuatuyang rawak seperti ini -
sekiranya saya perlu mengambil satu titik di sana, seperti itu, dan
melukisnya seperti ini, ia adalah sudut tepat.
Jika saya melukis seperti in dan seperti ini
ia adalah sudut tepat.
Bagi mana-mana pun, saya lboleh lakukanpembuktian yang sama.
Dan sebenarnya, cara saya melukisnya di sini,
adalah secara umum supaya ia boleh diaplikasikan untuk mana-mana segi tiga.
.