Hello. Selamat datang ke kursus 'sejarah internet, teknologi dan sekuriti'. Saya Charles Severance. Dan saya merupakan pengajar untuk kursus ini. Jadi, mari kita mulakan sekarang. Seperti (soalan), pada fikiran saya siapakah yang patut menyertai kursus ini? Dan sudah tentu jawabannya adalah kamu, Kamu perlu menyertai kursus ini. Kerana setiap orang perlu menyertainya. Kebanyakan masa kita dihabiskan bersama 'rangkaian' yang kita sentuh dan guna ini. Terang-terangan, jika kamu menonton syarahan ini, kamu menontonnya melalui internet. Bagaimanakah semua benda ini berfungsi? Siapakah yang menciptanya? Apa yang kamu tahu? Semua ini bukanlah terjadi dengan sendirinya. Manusia yang membina semua ini, bukan? Dan kita akan berbicara tentang perkara yang tinggi tahap teknikalnya Barangkali ini merupakan tugas kejuruteraan yang paling rumit pernah dikerjakan manusia, mungkin. Namun kita tidak akan membicarakannya daripada sudut pandangan matematik, dan kita juga tidak akan membicarakannya daripada sudut pandangan pengaturcaraan. Dalam ertikata lain, kita tidak akan, tidak menekan kamu dengan perkara-perkara tersebut.Sebaliknya kita akan berbicara tentang perkara-perkara teknikal yang menarik, kita akan bertemu dengan beberapa individu yang menarik, namun ini bukanlah kursus yang teknikal. Ini adalah kursus tentang mendengar dan memahami dan berfikir secara kritikal tentang individu-individu yang telah melahirkan internet seperti keadannya sekarang. Jadi, kami akan menerangkan beberapa perkara dan bertanyakan soalan kepada kamu untuk kamu bertindakbalas serba sedikit tentang apa yang telah dibicarakan. Jadi, ini akan melibatkan beberapa 'pembicaraan sejarah'. 'Pembicaraan sejarah' yang saya telah kumpulkan. dan hos bersama saya di dalam rancangan televisyen, Richard Wiggins telah kumpulkan. Bermula pada zaman 90'an sehinggalah ke hari ini, saya terus menerus mengumpulkan maklumat ini. Dan terus menerus menemuramah individu-individu yang telah melakukan perkara yang menakjubkan pada internet. Umpamanya seperti, 'apakah langkah-langkah yang diambil? Bagaimana ianya berfungsi? Apa yang kamu fikirkan? Apakah yang innovatif. Apakah, dimana kesilapannya? Sejarah yang sebenar memang sedikit kacau-bilau. Kadangkala sejarah yang sebenar bukanlah semudah seperti apa yang PBS khas 30 minit mahukan. Itu semua sebenarnya merupakan bentuk (rancangan) televisyen yang menyeronokkan. Kita akan mendengar daripada beberapa individu, memberi tumpuan kepada mereka lebih lama sedikit. Kita tidak akan cuba untuk membentangkan kesemuanya kepada dua minit segmen. Kita akan mendengar pada individu ini. Kemudian kami akan bertanyakan beberapa soalan yang kritikal tentang apa yang kita fikirkan pada butir-butir yang mereka ceritakan berkenaan inovasi ini. Dan kemudian pada separuh masa kedua kelas, kita akan benar-benar berbicara dengan lebih mendalam pada bagaimana internet itu berfungsi. Masih lagi mengelakkan apa-apa yang berkaitan pengaturcaraan atau teknologi atau apa-apa yang rumit. Kita hanya akan melalui pada set-set metafor yang mudah selagi kita dapat datangkan dengan pemahaman pada binaan internet itu sendiri dan kamu semuanya akan dapat memahaminya dengan baik. Kamu akan kehairanan pada betapa mendalamnya pemahaman yang kamu terima. Jadi, saya biasanya gemar untuk memulakan syarahan yang pertama dengan bercerita serba sedikit tentang diri saya, supaya kamu dapat mengenal saya. Saya merupakan profesor di Fakulti Informasi, Universiti Michigan. Fakulti Informasi mengkaji banyak perkara. Ia mengkaji sains sosial seperti yang berkenaan data dan informasi dan teknologi jadi kami ingin memberitahu bahawa Fakulti Informasi ini mengkaji menghubungkan informasi berkenaan manusia dan teknologi menerusi cara yang lebih menarik. dan saya sebagai ahli fakulti telah menulis beberapa buah buku. Dan saya juag ada di web dan kamu boleh mengikut saya di Twitter dan saya banyak mengembara. Siapa tahu mungkin pada ketika kelas ini berlansung saya akan berada di negara atau di bandar yang kamu tinggal, dan siapa tahu, mungkin kita boleh berbuat sesuatu aktiviti. Jadi, jika kamu mahu, kamu boleh 'mengekor' saya di Twitter. Saya sentiasa di Twitter. Jadi...Ciri yang terbesar kelas ini ialah Video, terutamanya pada bahagian pertama di mana kita berbicara tentang sejarah. Dan saya memang benar-benar bertuah pada tahun 1995. Benar kebanyakan orang akan berkata bahawa internet dan web bermula di luar lingkungan sektor akademik di dalam kira-kira 1994. Dan pada 1995, saya mempunyai rancangan televisyen. Ianya telah dibiayai oleh, TCI Cable Vision, di mana ia merupakan syarikat kabel yang tidak lagi wujud disebabkan ianya telah 'ditelan' pada fikiran saya oleh AT&T pengakhirannya. Namun sepanjang 1995, daripada 1995 melalui 1999, saya dan hos bersama saya Richard Wiggans, kami akan berjalan - jalan dengan kamera, dan menghadiri konferen - konferen dan berbuat berbagai perkara. Meletak kamera pada wajah-wajah orang, orang - orang yang terkenal yang telah membuat pelbagai benda. Berbalik ketika di pertengahan 90 'an, internet bukanlah sesuatu yang mempunyai keragaman dan penting seperti keadaannya sekarang, maka mudah untuk bertemu individu-individu ini dan mereka sentiasa senang untuk berbicara. Jadi, kami dapatkan sendiri daripada bicara mereka sendiri, tentang inovasi tersebut. Jadi, individu di dalam slide ini... Pada satu sudut di sini, kita ada Tim Berners-Lee. Tim Berners-Lee adalah individu yang mencipta 'world wide web' dan kita akan bertemu dengan beliau nanti di dalam syarahan sejarah. Sekarang ini, kita akan melihat pada individu yang bernama James Wells. Beliau merupakan salah seorang pengasas 'real audio'. Dan sekadar untuk memberi kamu petunjuk pada perkara-perkara yang menggerakkan saya.