0:00:00.443,0:00:04.325 Hello. Selamat datang ke kursus 'sejarah internet, teknologi dan sekuriti'. Saya Charles 0:00:04.325,0:00:09.206 Severance. Dan saya merupakan pengajar untuk kursus ini. Jadi, mari kita mulakan sekarang. 0:00:09.206,0:00:13.476 Seperti (soalan), pada fikiran saya siapakah yang patut menyertai kursus ini? Dan sudah tentu jawabannya adalah kamu, 0:00:13.476,0:00:17.690 Kamu perlu menyertai kursus ini. Kerana setiap orang perlu menyertainya. 0:00:17.690,0:00:22.035 Kebanyakan masa kita dihabiskan bersama 'rangkaian' yang kita sentuh dan guna ini. Terang-terangan, jika 0:00:22.035,0:00:26.160 kamu menonton syarahan ini, kamu menontonnya melalui internet. Bagaimanakah 0:00:26.160,0:00:30.285 semua benda ini berfungsi? Siapakah yang menciptanya? Apa yang kamu tahu? Semua ini bukanlah terjadi dengan sendirinya. 0:00:30.285,0:00:34.465 Manusia yang membina semua ini, bukan? Dan kita akan berbicara tentang perkara yang tinggi tahap teknikalnya 0:00:34.465,0:00:38.975 Barangkali ini merupakan tugas kejuruteraan yang paling rumit pernah dikerjakan manusia, mungkin. Namun 0:00:38.975,0:00:43.100 kita tidak akan membicarakannya daripada sudut pandangan matematik, dan kita juga tidak akan membicarakannya daripada 0:00:43.100,0:00:47.610 sudut pandangan pengaturcaraan. Dalam ertikata lain, kita tidak akan, tidak menekan 0:00:47.610,0:00:52.626 kamu dengan perkara-perkara tersebut.Sebaliknya kita akan berbicara tentang perkara-perkara teknikal yang menarik, kita akan 0:00:52.626,0:00:57.721 bertemu dengan beberapa individu yang menarik, namun ini bukanlah kursus yang teknikal. Ini adalah kursus tentang 0:00:57.721,0:01:02.880 mendengar dan memahami dan berfikir secara kritikal tentang individu-individu yang telah melahirkan 0:01:02.880,0:01:07.850 internet seperti keadannya sekarang. Jadi, kami akan menerangkan beberapa perkara dan bertanyakan soalan kepada kamu untuk 0:01:07.850,0:01:12.666 kamu bertindakbalas serba sedikit tentang apa yang telah dibicarakan. Jadi, ini akan melibatkan beberapa 'pembicaraan sejarah'. 'Pembicaraan 0:01:12.666,0:01:17.748 sejarah' yang saya telah kumpulkan. dan hos bersama saya di dalam rancangan televisyen, Richard Wiggins 0:01:17.748,0:01:22.524 telah kumpulkan. Bermula pada zaman 90'an [br]sehinggalah ke hari ini, saya 0:01:22.524,0:01:27.362 terus menerus mengumpulkan maklumat ini. Dan terus menerus menemuramah individu-individu yang telah melakukan perkara yang 0:01:27.362,0:01:31.954 menakjubkan pada internet. Umpamanya seperti, 'apakah langkah-langkah yang diambil? Bagaimana ianya berfungsi? Apa yang kamu 0:01:31.954,0:01:37.453 fikirkan? Apakah yang innovatif. Apakah, dimana kesilapannya? Sejarah yang sebenar memang sedikit kacau-bilau. 0:01:37.453,0:01:42.356 Kadangkala sejarah yang sebenar bukanlah semudah seperti apa yang PBS khas 30 minit mahukan. 0:01:42.356,0:01:47.019 Itu semua sebenarnya merupakan bentuk (rancangan) televisyen yang menyeronokkan. Kita akan mendengar 0:01:47.019,0:01:51.518 daripada beberapa individu, memberi tumpuan kepada mereka lebih lama sedikit. Kita tidak akan cuba untuk membentangkan 0:01:51.518,0:01:55.742 kesemuanya kepada dua minit segmen. Kita akan mendengar pada individu ini. Kemudian 0:01:55.742,0:02:00.295 kami akan bertanyakan beberapa soalan yang kritikal tentang apa yang kita fikirkan pada butir-butir yang mereka 0:02:00.295,0:02:04.904 ceritakan berkenaan inovasi ini. Dan kemudian pada separuh masa kedua kelas, kita akan benar-benar berbicara dengan lebih mendalam 0:02:04.904,0:02:09.292 pada bagaimana internet itu berfungsi. Masih lagi mengelakkan apa-apa yang berkaitan pengaturcaraan atau teknologi 0:02:09.292,0:02:13.916 atau apa-apa yang rumit. Kita hanya akan melalui pada set-set metafor yang mudah 0:02:13.916,0:02:18.521 selagi kita dapat datangkan dengan pemahaman pada binaan internet itu sendiri dan 0:02:18.693,0:02:23.395 kamu semuanya akan dapat memahaminya dengan baik. Kamu akan kehairanan pada betapa mendalamnya pemahaman yang kamu terima. Jadi, saya biasanya 0:02:23.395,0:02:29.360 gemar untuk memulakan syarahan yang pertama dengan bercerita serba sedikit tentang diri saya, supaya kamu dapat mengenal saya. Saya 0:02:29.360,0:02:33.992 merupakan profesor di Fakulti Informasi, Universiti Michigan. Fakulti 0:02:33.992,0:02:38.744 Informasi mengkaji banyak perkara. Ia mengkaji sains sosial seperti yang berkenaan data 0:02:38.744,0:02:43.676 dan informasi dan teknologi jadi kami ingin memberitahu bahawa Fakulti Informasi ini mengkaji 0:02:43.676,0:02:48.248 menghubungkan informasi berkenaan manusia dan teknologi menerusi cara yang lebih menarik. dan saya 0:02:48.248,0:02:53.000 sebagai ahli fakulti telah menulis beberapa buah buku. Dan saya juag ada di web dan kamu boleh 0:02:53.000,0:02:57.830 mengikut saya di Twitter dan saya banyak mengembara. Siapa tahu mungkin pada ketika 0:02:57.830,0:03:03.707 kelas ini berlansung saya akan berada di negara atau di bandar yang kamu tinggal, dan siapa tahu, mungkin kita boleh 0:03:03.707,0:03:09.301 berbuat sesuatu aktiviti. Jadi, jika kamu mahu, kamu boleh 'mengekor' saya di Twitter. Saya sentiasa di 0:03:09.301,0:03:16.542 Twitter. Jadi...Ciri yang terbesar kelas ini ialah Video, terutamanya pada bahagian pertama 0:03:16.542,0:03:21.731 di mana kita berbicara tentang sejarah. Dan saya memang benar-benar bertuah pada tahun 1995. Benar 0:03:21.731,0:03:27.325 kebanyakan orang akan berkata bahawa internet dan web bermula di luar lingkungan 0:03:27.325,0:03:32.920 sektor akademik di dalam kira-kira 1994. Dan pada 1995, saya mempunyai rancangan televisyen. Ianya telah 0:03:32.920,0:03:39.103 dibiayai oleh, TCI Cable Vision, di mana ia merupakan syarikat kabel yang tidak lagi wujud disebabkan 0:03:39.103,0:03:44.918 ianya telah 'ditelan' pada fikiran saya oleh AT&T pengakhirannya. Namun sepanjang 1995, daripada 1995 0:03:44.918,0:03:51.438 melalui 1999, saya dan hos bersama saya Richard Wiggans, kami akan berjalan - jalan dengan kamera, 0:03:51.438,0:03:57.148 dan menghadiri konferen - konferen dan berbuat berbagai perkara. Meletak kamera pada wajah-wajah orang, orang - orang yang terkenal 0:03:57.148,0:04:02.788 yang telah membuat pelbagai benda. Berbalik ketika di pertengahan 90 'an, internet bukanlah sesuatu yang mempunyai keragaman 0:04:02.788,0:04:08.499 dan penting seperti keadaannya sekarang, maka mudah untuk bertemu individu-individu ini dan mereka 0:04:08.499,0:04:13.930 sentiasa senang untuk berbicara. Jadi, kami dapatkan sendiri daripada bicara mereka sendiri, tentang inovasi tersebut. 0:04:13.930,0:04:18.507 Jadi, individu di dalam slide ini... Pada satu sudut di sini, kita ada Tim Berners-Lee. 0:04:18.507,0:04:23.135 Tim Berners-Lee adalah individu yang mencipta 'world wide web' dan kita akan bertemu dengan beliau nanti di dalam 0:04:23.135,0:04:27.764 syarahan sejarah. Sekarang ini, kita akan melihat pada individu yang bernama James Wells. 0:04:27.764,0:04:32.508 Beliau merupakan salah seorang pengasas 'real audio'. Dan sekadar untuk memberi kamu 0:04:32.508,0:04:37.714 petunjuk pada perkara-perkara yang menggerakkan saya.