Kita dikehendaki membahagi 0.25 ke dalam 1.03075.
Sekarang perkara pertama yang anda perlu buat apabila pembahagi anda,
nombor yang anda membahagi ke dalam nombor yang lagi satu, adalah suatu
perpuluhan, adalah untuk mendarabkannya dengan 10 kali yang mencukupi supaya ia
menjadi suatu nombor bulat jadi anda boleh menggerakkan
perpuluhan itu ke sebelah kanan.
Jadi setiap kali anda mendarab sesuatu dengan 10, anda
menggerakkan perpuluhan itu ke sebelah kanan sebanyak sekali.
Jadi dalam kes ini, kita mahu menggerakkannya ke sebelah
kanan sekali dan dua kali.
Jadi 0.25 darab 10 sebanyak dua kali adalah sama dengan 0.25 darab dengan 100,
dan kita akan menukarkan 0.25 ke 25.
Sekarang jikalau anda melakukan itu dengan pembahaginya, anda juga perlu melakukan
itu dengan dividennya, nombor yang
anda membahagi ke dalam.
Jadi kita juga perlu mendarab ini dengan 10 sebanyak dua kali, atau lagi
satu cara untuk melakukannya adalah dengan mengalihkan perpuluhan itu
ke sebelah kanan sebanyak dua kali.
Jadi kita alihkannya sekali, dua kali.
Ia akan duduk di sini.
Dan untuk melihat kenapa ia adalah begitu, anda hanya perlu
sedar bahawa ungkapan ini, masalah
pembahagian ini, adalah sama dengan 1.03075
dibahagi dengan 0.25.
Dan jadi kita mendarab 0.25 ini dengan 10 sebanyak dua kali.
Kita mendarabkan ia dengan 100.
Saya akan melakukan itu dengan warna yang berlainan.
Kita mendarabkan ia dengan 100 dalam penyebutnya.
Ini adalah pembahaginya.
Kita mendarabkannya dengan 100, jadi kita juga perlu melakukan perkara yang
sama pada pengangkanya, jikalau kita tidak mahu menukarkan ungkapan
ini, jikalau kita tidak mahu menukarkan nombornya.
Jadi kita juga perlu mendarabkan itu dengan 100.
Dan apabila anda melakukan itu, ini menjadi 25, dan
ini menjadi 103.075.
Sekarang saya akan menulis semula ini.
Kadang kala kalau anda melakukan ini di dalam suatu buku kerja atau yang lain,
anda tidak perlu menulis semula itu asalkan anda mengingati di mana
perpuluhan itu.
Tetapi saya akan menulis semula itu, supaya ia menjadi
lagi kemas.
Jadi kita telah mendarab kedua-dua pembahagi dan
dividen dengan 100.
Masalah ini menjadi 25 dibahagi ke dalam 103.075.
Ini akan memberikan hasil bahagi yang sama.
Ia adalah pecahan yang sama, jikalau anda melihatnya
dengan cara itu.
Kita baru sahaja mendarabkan kedua-dua pengangka dan penyebut
dengan 100 untuk mengalihkan perpuluhan itu ke sebelah kanan sebanyak dua kali.
Setelah kita melakukan itu, kita sudah bersedia untuk membahagi.
Jadi perkara yang pertama, kita mempunyai 25 di sini, dan selalunya ada
sedikit seni yang terlibat dalam pembahagian sesuatu dengan
nombor yang digitnya banyak, jadi kita akan melihat betapa baiknya kita boleh menyelesaikan ini.
Jadi 25 tidak boleh dibahagi ke dalam 1.
25 tidak boleh dibahagi ke dalam 10.
25 boleh dibahagi ke dalam 103.
Kita mengetahui bahawa 4 darab 25 adalah 100, jadi 25 boleh dibahagi
ke dalam 100 sebanyak empat kali.
4 darab 5 adalah 20.
4 darab 2 adalah 8, tambah 2 adalah 100.
Kita sudah mengetahui itu.
Empat kuarter adalah $1.00.
Ia adalah 100 sen.
Dan sekarang kita menolak.
103 tolak 100 akan menjadi 3, dan sekarang kita boleh
membawa turun 0 ini.
Jadi kita membawa turun 0 itu di sana.
25 boleh dibahagi ke dalam 30 sebanyak satu kali.
Dan jikalau kita mahu, kita boleh dengan serta-merta meletakkan
perpuluhan itu di sini.
Kita tidak perlu menunggu sehingga pengakhiran masalah itu.
Perpuluhan ini berada di tempat itu, jadi
perpuluhan itu boleh berada dalam hasil bahagi kita atau
dalam jawapan kita.
Jadi kita tadi berada di mana 25 boleh dibahagi ke dalam 30 sebanyak satu kali.
1 darab 25 adalah 25, dan kemudian kita boleh menolak.
30 tolak 25, itu adalah 5.
Kita boleh melakukan semua hal meminjam ini, atau
pengumpulan semula.
Ini boleh menjadi 10.
Ini menjadi 2.
10 tolak 5 adalah 5.
2 tolak 2 adalah kosong.
Tetapi, 30 tolak 25 adalah 5.
Sekarang kita boleh menurunkan 7 ini.
25 boleh dibahagi ke dalam 57 sebanyak 2 kali, bukan?
25 darab 2 adalah 50.
25 boleh dibahagi ke dalam 57 sebanyak 2 kali.
2 darab 25 adalah 50.
Dan sekarang kita menolak sekali lagi.
57 tolak 50 adalah 7.
Dan sekarang kita hampir menyelesaikannya.
Kita membawa turun 5 itu di sana.
25 boleh dibahagi ke dalam 75 sebanyak tiga kali.
3 darab 25 adalah 75.
3 darab 5 adalah 15.
Kumpulkan semula 1 itu.
Kita boleh mengabaikan itu.
Itu adalah dari dulu.
3 darab 2 adalah 6, tambah 1 adalah 7.
Jadi anda boleh melihat itu.
Dan kemudian kita menolak, dan kemudian kita tidak mempunyai apa-apa baki.
Jadi 25 boleh dibahagi ke dalam 103.075 sebanyak 4.123 kali, yang
boleh diterima, kerana 25 boleh dibahagi ke dalam 100 sebanyak 4 kali.
Ini adalah lebih besar daripada 100, jadi ia akan menjadi
lebih sedikit daripada 4 kali.
Dan itu akan menjadi jawapan yang sama dengan
berapa kali 0.25 boleh dibahagi ke dalam 1.03075.
Ini juga akan menjadi 4.123.
Jadi pecahan ini, atau ungkapan ini, adalah sama
dengan 4.123.
Dan kita sudah menyelesaikannya!