[Script Info] Title: [Events] Format: Layer, Start, End, Style, Name, MarginL, MarginR, MarginV, Effect, Text Dialogue: 0,0:00:01.07,0:00:07.90,Default,,0000,0000,0000,,Satu setem pos berharga $0.44. Berapakah harga satu gulung yang mengandungi 1000 setem? Dialogue: 0,0:00:07.90,0:00:11.71,Default,,0000,0000,0000,,Dan sebenarnya ada dua cara untuk menyelesaikan ini, dan saya akan menunjukkan kedua-duanya supaya anda tahu bahawa semuanya berkesan. Dialogue: 0,0:00:11.71,0:00:15.19,Default,,0000,0000,0000,,Satu adalah cara yang lebih cepat, tetapi saya mahu memastikan yang anda memahami mengapa ia berkesan. Dialogue: 0,0:00:15.19,0:00:18.25,Default,,0000,0000,0000,,Dan kemudian kita akan mengujinya untuk memastikan yang ia memberikan jawapan yang betul Dialogue: 0,0:00:18.25,0:00:21.01,Default,,0000,0000,0000,,dengan menggunakan cara yang lebih tradisional iaitu pendaraban perpuluhan. Dialogue: 0,0:00:21.01,0:00:26.73,Default,,0000,0000,0000,,Jadi, kita bermula dengan $0.44. Saya tuliskan 0.44. Dialogue: 0,0:00:26.73,0:00:31.56,Default,,0000,0000,0000,,Itu adalah satu setem, jadi ini adalah satu setem. Saya akan menulisnya seperti ini, 1 setem. Dialogue: 0,0:00:31.56,0:00:33.75,Default,,0000,0000,0000,,Berapakah harga 10 setem? Dialogue: 0,0:00:33.75,0:00:37.17,Default,,0000,0000,0000,,Jikalau 1 setem adalah $0.44, maka 10 setem, Dialogue: 0,0:00:37.17,0:00:39.82,Default,,0000,0000,0000,,kita boleh menggerakkan perpuluhan itu ke kanan sebanyak satu tempat, Dialogue: 0,0:00:39.82,0:00:43.75,Default,,0000,0000,0000,,dan sekarang ia akan menjadi, dan sekarang sifar di hadapan ini tidak berguna, Dialogue: 0,0:00:43.75,0:00:51.53,Default,,0000,0000,0000,,jadi sekarang ia akan menjadi $4.4. Ataupun, sekiranya anda mahu menjelaskannya, ia akan menjadi $4.40. Dialogue: 0,0:00:51.53,0:00:56.12,Default,,0000,0000,0000,,Sekarang, apakah akan terjadi sekiranya anda mahukan seratus setem? 100 setem. Dialogue: 0,0:00:56.14,0:00:58.08,Default,,0000,0000,0000,,Idea yang sama akan berlaku. Dialogue: 0,0:00:58.08,0:01:02.60,Default,,0000,0000,0000,,Kita sekarang mengambil 10 kali lebih jadi kita akan menggerakkan perpuluhan ke sebelah kanan sebanyak sekali. Dialogue: 0,0:01:02.60,0:01:07.18,Default,,0000,0000,0000,,Jadi, seratus setem akan berharga $44.00. Dialogue: 0,0:01:07.18,0:01:08.99,Default,,0000,0000,0000,,Dan ini sepatutnya anda boleh fahami. Dialogue: 0,0:01:08.99,0:01:15.90,Default,,0000,0000,0000,,Jikalau satu setem adalah 44 perseratus daripada satu dolar, maka seratus setem akan menjadi Dialogue: 0,0:01:15.90,0:01:20.59,Default,,0000,0000,0000,,44 perseratus daripada seratus dolar, atau $44. Ataupun, anda boleh menganggap yang Dialogue: 0,0:01:20.59,0:01:22.65,Default,,0000,0000,0000,,kita telah menggerakkan perpuluhan itu sebanyak satu tempat. Dialogue: 0,0:01:22.66,0:01:25.65,Default,,0000,0000,0000,,Jadi sekiranya kita mahukan seribu setem, sekiranya kita mahukan 1000 setem, Dialogue: 0,0:01:25.65,0:01:28.17,Default,,0000,0000,0000,,kita akan menggerakkan perpuluhan itu ke kanan lagi sekali. Dialogue: 0,0:01:28.17,0:01:35.29,Default,,0000,0000,0000,,Menggerakkan perpuluhan itu ke sebelah kanan adalah sama dengan mendarabkan ia dengan sepuluh. Jadi ia akan menjadi $440. Dialogue: 0,0:01:35.31,0:01:40.61,Default,,0000,0000,0000,,Sekarang, kita boleh menambahkan lagi satu kosong di belakang untuk menjelaskan bahawa tiada sen di sini. Dialogue: 0,0:01:40.64,0:01:44.06,Default,,0000,0000,0000,,Jadi jikalau anda mahu menyelesaikannya dengan cepat, anda boleh bermula dengan $0.44. Dialogue: 0,0:01:44.13,0:01:48.28,Default,,0000,0000,0000,,Dan anda boleh mengatakan, lihat, saya tidak mendarab dengan sepuluh. Saya tidak mendarab dengan seratus. Dialogue: 0,0:01:48.31,0:01:53.22,Default,,0000,0000,0000,,Saya mendarab dengan seribu. Anda perlu meletakkan lagi satu kosong di belakang sini. Dialogue: 0,0:01:53.27,0:01:58.56,Default,,0000,0000,0000,,Dan anda akan menggerakkan perpuluhan dari sini ke sini. Dialogue: 0,0:01:58.56,0:02:04.72,Default,,0000,0000,0000,,Anda telah mendarabkan ini, darab sepuluh darab sepuluh darab sepuluh, yang adalah seribu. Dialogue: 0,0:02:04.72,0:02:10.45,Default,,0000,0000,0000,,Jadi ini akan menjadi $440. Dialogue: 0,0:02:10.47,0:02:14.96,Default,,0000,0000,0000,,Jadi mari kita pastikan sama ada ini adalah sama dengan jikalau kita mendarab dengan cara yang tradisional Dialogue: 0,0:02:14.96,0:02:24.86,Default,,0000,0000,0000,,iaitu cara kita mendarab perpuluhan. Jadi jikalau anda mempunyai 1000 darab $0.44. Dialogue: 0,0:02:24.88,0:02:33.06,Default,,0000,0000,0000,,Jadi anda bermula di sini. 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4. Dialogue: 0,0:02:33.07,0:02:36.20,Default,,0000,0000,0000,,Ataupun anda boleh mengatakan, hei, ini adalah 4 darab seribu. Dialogue: 0,0:02:36.20,0:02:39.82,Default,,0000,0000,0000,,Kemudian kita akan bergerak sebanyak satu tempat, jadi kita akan menambah satu kosong. Dialogue: 0,0:02:39.85,0:02:47.95,Default,,0000,0000,0000,,Dan kita, sekali lagi, akan mendapat 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4. Dialogue: 0,0:02:47.95,0:02:51.22,Default,,0000,0000,0000,,Ataupun kita baru sahaja membuat 4 darab seribu. Jadi itu adalah 4000, Dialogue: 0,0:02:51.22,0:02:54.19,Default,,0000,0000,0000,,jikalau anda tidak mengambil kira kosong ini yang kita telah tambahkan di sini Dialogue: 0,0:02:54.19,0:02:57.00,Default,,0000,0000,0000,,kerana kita bergerak sebanyak satu tempat ke kiri. Dialogue: 0,0:02:57.02,0:03:01.08,Default,,0000,0000,0000,,Dan kemudian kita tidak mempunyai apa-apa lagi. Saya tidak langsung memikirkan tentang perpuluhan itu sehingga sekarang. Dialogue: 0,0:03:01.11,0:03:05.86,Default,,0000,0000,0000,,Setakat ini saya melihatnya sebagai seribu darab 44. Saya telah mengabaikan perpuluhan itu. Dialogue: 0,0:03:05.86,0:03:08.17,Default,,0000,0000,0000,,Jadi jikalau ia adalah seribu darab 44, Dialogue: 0,0:03:08.17,0:03:14.79,Default,,0000,0000,0000,,kita akan mendapat 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 4 tambah 0 adalah 4, Dialogue: 0,0:03:14.79,0:03:19.50,Default,,0000,0000,0000,,4 tambah tiada apa-apa adalah 4. Dan sekiranya anda mengabaikan perpuluhan itu, ia akan menjadi jelas. Dialogue: 0,0:03:19.50,0:03:24.44,Default,,0000,0000,0000,,Sebab seribu darab 4 adalah 4000 dan seribu darab 40 akan menjadi 40 000. Dialogue: 0,0:03:24.44,0:03:30.52,Default,,0000,0000,0000,,Jadi anda akan mendapat 44 000. Tetapi ini bukan 44. Ini adalah 44 perseratus. Dialogue: 0,0:03:30.52,0:03:34.31,Default,,0000,0000,0000,,Kita mempunyai, antara kedua-dua nombor itu, dua nombor di belakang titik perpuluhan itu. Dialogue: 0,0:03:34.31,0:03:38.37,Default,,0000,0000,0000,,Jadi kita memerlukan dua nombor di belakang atau ke sebelah kanan titik perpuluhan dalam jawapan kita. Dialogue: 0,0:03:38.37,0:03:40.80,Default,,0000,0000,0000,,Jadi satu, dua. Di sana. Dialogue: 0,0:03:40.80,9:59:59.99,Default,,0000,0000,0000,,Jadi, sekali lagi, kita mendapat $440.00 untuk seribu setem itu.