0:00:01.067,0:00:07.895 Satu setem pos berharga $0.44. Berapakah harga satu gulung yang mengandungi 1000 setem? 0:00:07.895,0:00:11.706 Dan sebenarnya ada dua cara untuk menyelesaikan ini, dan saya akan menunjukkan kedua-duanya supaya anda tahu bahawa semuanya berkesan. 0:00:11.706,0:00:15.186 Satu adalah cara yang lebih cepat, tetapi saya mahu memastikan yang anda memahami mengapa ia berkesan. 0:00:15.186,0:00:18.251 Dan kemudian kita akan mengujinya untuk memastikan yang ia memberikan jawapan yang betul 0:00:18.251,0:00:21.014 dengan menggunakan cara yang lebih tradisional iaitu pendaraban perpuluhan. 0:00:21.014,0:00:26.726 Jadi, kita bermula dengan $0.44. Saya tuliskan 0.44. 0:00:26.726,0:00:31.557 Itu adalah satu setem, jadi ini adalah satu setem. Saya akan menulisnya seperti ini, 1 setem. 0:00:31.557,0:00:33.752 Berapakah harga 10 setem? 0:00:33.752,0:00:37.167 Jikalau 1 setem adalah $0.44, maka 10 setem, 0:00:37.167,0:00:39.818 kita boleh menggerakkan perpuluhan itu ke kanan sebanyak satu tempat, 0:00:39.818,0:00:43.746 dan sekarang ia akan menjadi, dan sekarang sifar di hadapan ini tidak berguna, 0:00:43.746,0:00:51.532 jadi sekarang ia akan menjadi $4.4. Ataupun, sekiranya anda mahu menjelaskannya, ia akan menjadi $4.40. 0:00:51.532,0:00:56.120 Sekarang, apakah akan terjadi sekiranya anda mahukan seratus setem? 100 setem. 0:00:56.136,0:00:58.081 Idea yang sama akan berlaku. 0:00:58.081,0:01:02.600 Kita sekarang mengambil 10 kali lebih jadi kita akan menggerakkan perpuluhan ke sebelah kanan sebanyak sekali. 0:01:02.600,0:01:07.183 Jadi, seratus setem akan berharga $44.00. 0:01:07.183,0:01:08.991 Dan ini sepatutnya anda boleh fahami. 0:01:08.991,0:01:15.898 Jikalau satu setem adalah 44 perseratus daripada satu dolar, maka seratus setem akan menjadi 0:01:15.898,0:01:20.594 44 perseratus daripada seratus dolar, atau $44. Ataupun, anda boleh menganggap yang 0:01:20.594,0:01:22.648 kita telah menggerakkan perpuluhan itu sebanyak satu tempat. 0:01:22.663,0:01:25.650 Jadi sekiranya kita mahukan seribu setem, sekiranya kita mahukan 1000 setem, 0:01:25.650,0:01:28.174 kita akan menggerakkan perpuluhan itu ke kanan lagi sekali. 0:01:28.174,0:01:35.293 Menggerakkan perpuluhan itu ke sebelah kanan adalah sama dengan mendarabkan ia dengan sepuluh. Jadi ia akan menjadi $440. 0:01:35.309,0:01:40.606 Sekarang, kita boleh menambahkan lagi satu kosong di belakang untuk menjelaskan bahawa tiada sen di sini. 0:01:40.636,0:01:44.057 Jadi jikalau anda mahu menyelesaikannya dengan cepat, anda boleh bermula dengan $0.44. 0:01:44.133,0:01:48.283 Dan anda boleh mengatakan, lihat, saya tidak mendarab dengan sepuluh. Saya tidak mendarab dengan seratus. 0:01:48.313,0:01:53.221 Saya mendarab dengan seribu. Anda perlu meletakkan lagi satu kosong di belakang sini. 0:01:53.267,0:01:58.556 Dan anda akan menggerakkan perpuluhan dari sini ke sini. 0:01:58.556,0:02:04.721 Anda telah mendarabkan ini, darab sepuluh darab sepuluh darab sepuluh, yang adalah seribu. 0:02:04.721,0:02:10.450 Jadi ini akan menjadi $440. 0:02:10.466,0:02:14.962 Jadi mari kita pastikan sama ada ini adalah sama dengan jikalau kita mendarab dengan cara yang tradisional 0:02:14.962,0:02:24.864 iaitu cara kita mendarab perpuluhan. Jadi jikalau anda mempunyai 1000 darab $0.44. 0:02:24.879,0:02:33.056 Jadi anda bermula di sini. 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4. 0:02:33.071,0:02:36.204 Ataupun anda boleh mengatakan, hei, ini adalah 4 darab seribu. 0:02:36.204,0:02:39.822 Kemudian kita akan bergerak sebanyak satu tempat, jadi kita akan menambah satu kosong. 0:02:39.853,0:02:47.950 Dan kita, sekali lagi, akan mendapat 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4. 0:02:47.950,0:02:51.216 Ataupun kita baru sahaja membuat 4 darab seribu. Jadi itu adalah 4000, 0:02:51.216,0:02:54.192 jikalau anda tidak mengambil kira kosong ini yang kita telah tambahkan di sini 0:02:54.192,0:02:57.002 kerana kita bergerak sebanyak satu tempat ke kiri. 0:02:57.017,0:03:01.077 Dan kemudian kita tidak mempunyai apa-apa lagi. Saya tidak langsung memikirkan tentang perpuluhan itu sehingga sekarang. 0:03:01.108,0:03:05.860 Setakat ini saya melihatnya sebagai seribu darab 44. Saya telah mengabaikan perpuluhan itu. 0:03:05.860,0:03:08.167 Jadi jikalau ia adalah seribu darab 44, 0:03:08.167,0:03:14.792 kita akan mendapat 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 4 tambah 0 adalah 4, 0:03:14.792,0:03:19.498 4 tambah tiada apa-apa adalah 4. Dan sekiranya anda mengabaikan perpuluhan itu, ia akan menjadi jelas. 0:03:19.498,0:03:24.437 Sebab seribu darab 4 adalah 4000 dan seribu darab 40 akan menjadi 40 000. 0:03:24.437,0:03:30.525 Jadi anda akan mendapat 44 000. Tetapi ini bukan 44. Ini adalah 44 perseratus. 0:03:30.525,0:03:34.312 Kita mempunyai, antara kedua-dua nombor itu, dua nombor di belakang titik perpuluhan itu. 0:03:34.312,0:03:38.368 Jadi kita memerlukan dua nombor di belakang atau ke sebelah kanan titik perpuluhan dalam jawapan kita. 0:03:38.368,0:03:40.802 Jadi satu, dua. Di sana. 0:03:40.802,9:59:59.000 Jadi, sekali lagi, kita mendapat $440.00 untuk seribu setem itu.